“As Beautiful As You” dan “Lost You Forever S2” antara CDrama yang menghiasi tayangan Julai ini

Seperti juga peminat Kdrama, pastinya peminat CDrama juga seringkali menantikan tayangan drama-drama terbaru. Drama Cina merupakan antara rancangan kegemaran terutamanya di Asia selain daripada drama Korea, Thailand dan drama Jepun. Tidak hairanlah jika peminat CDrama agak ramai.

Bulan Julai ini menyaksikan drama-drama yang paling dinantikan oleh ramai peminat CDrama. Tidak hanya genre moden, bahkan genre romantik sejarah juga turut tersedia untuk tontonan.

Jom check it out CDrama yang akan bersiaran pada Julai ini

1.  As Beautiful As You

“As Beautiful As You” merupakan salah satu siri yang ditunggu oleh ramai peminat. Tambahan ia merupakan gandingan mantap Xu Kai dan Tan Song Yun yang mana lakonan mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Drama tersebut akan ditayangkan bermula 2 Julai 2024 di platform WeTV dan iQIYI.

“As Beautiful As You” yang membawa genre percintaan moden adalah adaptasi daripada novel popular karya Jiu Yue Xi berjudul As Beautiful As Beijing. Drama ini mengikuti kisah percintaan antara Ji Xing (Tan Song Yun) dan Han Ting (Xu Kai), yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan sebelum mereka menemui erti cinta sejati. mengikuti kisah percintaan antara Ji Xing dan Han Ting.

Ji Xing ialah graduan terbaik dari universiti terkemuka. Dia memasuki alam pekerjaan melalui sebuah syarikat teknologi. Disebabkan kerjaya yang tidak stabil, Ji Xing meninggalkan syarikat itu dan membina syarikat permulaannya sendiri dengan adik lelakinya.

Disebabkan untuk memulakan perniagaan bukanlah mudah bagi Ji Xing, perniagaannya hampir muflis sehingga akhirnya dia dapat mencari pelabur untuk perniagaannya. Sokongan ini datang daripada Han Ting, Presiden syarikat teknologi Dongyang. Dengan pelaburan daripada Han Ting, syarikat Ji Xing boleh bermula dari awal.

Bukan sahaja sekadar menyuntik dana, Han Ting juga turut berkongsi pandangannya bersama Ji Xing. Malangnya, selepas syarikat Ji Xing mula bangkit, dia terpaksa berdepan dengan kekasih hati yang telah menyulam cinta selama tujuh tahun.

Perpisahan dalam cinta dan kerja keras dalam membina sebuah syarikat membuatkan Ji Xing jatuh ke ambang kemurungan. Namun, sekali lagi Han Ting datang untuk membuat perubahan. Kali ini, bukan sebagai rakan niaga dan mentor, tetapi sebagai kekasih.

Turut membintnagi “As Beautiful As You” adalah He Rui Xian sebagai Li Li, Gao Han sebagai Shao Yichen, Shi Shi sebagai Zeng Di, Zhou Da Wei sebagai Lu Linjia dan ramai lagi.

Untuk menyaksikan chemistry serta visual menarik Xu Kai dan Tan Song Yun dan bagaimana kisah cinta Han Ting dan Ji Xing, jangan lupa untuk tonton “As Beautiful As You” di WeTV Malaysia dan iQIYI Malaysia.

2. Lost You Forever S2

Musim kedua “Lost You Forever” masih lagi mengekalkan Yang Zi (Xiao Yao), Zhang Wanyi (Xiyan Cang Xuan), Tan Jian Ci (Xiang Lu / Fangfeng Bei), Deng Wei (Tushan Jing) dan Wang Hongyi (Chishui Feng Long) sebagai peranan utama.

Kisah ini bermula dengan Xiyan Cang Xuan yang membangunkan kuasanya ke atas Kerajaan Xiyan, Tushan Jing yang berkahwin dengan Fang Feng Yi Yang, dan Xiao Yao pula akan bertunang dengan Chishui Feng Long. Malah sebelum berkahwin, Xiao Yao juga memberitahu Xiang Lu bahawa selepas dia berkahwin, dia tidak akan lagi membuat racun untuknya. Apakah nasib akhir Xiao Yao dan Xiang Liu? Adakah Xiang Liu akan berkorban untuk Xiao Yao?

Interaksi mereka akan terus membentuk bukan sahaja nasib mereka yang terjalin tetapi nasib puak-puak besar, tiga kerajaan, dan bumi Dahuang secara keseluruhannya.

Pada akhirnya, adakah Xiao Yao masih melihat dirinya sebagai orang yang ditinggalkan? Seseorang yang tidak dapat melindungi dirinya, tanpa sesiapa untuk bergantung dan tiada tempat untuk berpaling? Saksikan “Lost You Forever S2” mulai 8 Julai 2024 menerusi platform WeTV Malaysia dan iQIYI Malaysia.

3. A Beautiful Lie

“A Beautiful Lie”  membawakan Chen Xing Xu (Xing Zhi Zhi) dan Zhang Yu Xi (Qin Fei) sebagai watak utama.

Siri ini belum lagi mengesahkan tarikh yang tepat, tetapi telah diumumkan bahawa ia akan disiarkan pada pertengahan Julai 2024.

Drama ini mengikuti kisah percintaan antara pelakon Qin Fei dan seorang doktor bernama Xing Zhi Zhi.

Kawasan yang dilanda bencana di barat daya China mengalu-alukan pasukan penyelamat dan sukarelawan perubatan, di mana pelakon Qin Fei mengiringi pasukan tersebut yang diketuai oleh Doktor Xing Zhi Zhi. Semua orang berkata bahawa kehadiran Qin Fei hanyalah untuk pertunjukan, tetapi Qin Fei amat komited dan menunjukkan keazaman yang tinggi malah mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan orang lain pada saat genting.

Semasa mereka bersama siang dan malam, ketua pasukan perubatan, Xing Zhi Zhi, melihat ketabahan dan hati budi Qin Fei, serta cuba untuk memahami antara satu sama lain. Qin Fei mendapati bahawa bertahun-tahun yang lalu, doktor muda yang menyelamatkan nyawanya dan menghidupkan semula harapannya semasa kemalangan pertandingan tarian ialah Xing Zhi Zhi. Rupa-rupanya takdir antara mereka telah tercipta sejak sekian lama.

4. In Between

“In Between” merupakan drama lakonan Tian Xi Wei dan Xin Yun Lai, yang akan disiarkan di Youku dengan 24 episode. Drama ini juga antara drama yang dinantikan dan telah mengesahkan siarannya pada Julai 2024.

Siri ini mengisahkan kisah cinta orang dewasa yang tidak pernah berjalan dengan lancar, seolah ianya terasa seperti di medan perang.

Malah, dua watak utama drama ini juga mempunyai perwatakan yang berbeza, di mana He Zhinan seorang wanita yang sedang mencari cinta, manakala Han Su pula seorang lelaki yang fokus mencari rezeki.

“In Between” juga turut dibintangi oleh Zhang Zhe Hua, Zeng Meng Xue dan Yuan Wen Kang.

5. Go East

Drama ini dilaporkan akan disiarkan pada penghujung Julai diplatform iQIYI, namun tiada lagi kata muktamad mengenai siaran sebenar siri “Go East” ini.

“Go East”  mengisahkan empat sahabat Yuan Mo, A Shu, Wang Kun Wu, dan Yu Chi Hua yang bercita-cita untuk memperjuangkan keadilan. Empat sahabat itu secara tidak sengaja bertemu dan menjalinkan persahabatan yang erat.

Siri ini mengikuti era Anping Dinasti Dayong, menceritakan kisah Yuan Mo (Tan Jian Ci), seorang rakyat biasa dari Bandar Changle. Dia bertugas di pintu pagar bandar untuk mengeluarkan sijil kepada pelawat asing menggunakan meterai Pavilion Sifang.

Pada suatu hari, dia bertemu dengan A Shu (Zhou Yi Ran), seorang pelarian dari Yanle cuba menyusup ke bandar. Bagaimanapun, disebabkan salah faham, Yuan Mo telah dihukum dan ditugaskan untuk bekerja di bawah Wang Kun Wu (Du Chun), yang merupakan seorang jeneral sempadan.

Bermula daripada itu, A Shu, Yuan Mo, Wang Kun Wu kemudian bertemu dengan Yu Chi Hua (Adi Kan), seorang wanita yang berkuasa dari keluarga bangsawan. Mereka berempat kemudiannya memjalinkan ikatan persahabatan dan perlahan-lahan menyelesaikan semua masalah diplomatik kerajaan.

Jadi, buat peminat CDrama, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...