Tidak lagi berdiam diri, Yong Junhyung buka mulut tentang penglibatannya dalam skandal rakaman haram Jong Joon Young

Pada pagi 12 Jun, Yong Junhyung berkongsi catatan panjang di Instagramnya mengenai khabar angin yang tersebar pada masa lalu. Penyanyi itu juga cuba menjelaskan bahawa dia bukan ahli ‘ruang sembang kumpulan Jung Joon Young’ yang menggunakan rakaman haram.

Muatnaik bingkisan kata dari Yong Junghyung adalah seperti berikut:

Hello, ini Yong Junhyung.

Pada masa itu, saya benar-benar bodoh dan melakukan kesilapan. Saya tidak boleh membetulkan keadaan yang salah, saya tidak pasti apakah pilihan yang betul, dan kerana kritikan yang terlalu panas, saya takut dan tidak mahu menyebabkan kerugian kepada syarikat dan ahli, dan saya bersedia kehilangan segala-galanya. Jadi saya membuat pilihan untuk meninggalkan kumpulan itu dan segala-galanya yang sangat berharga bagi saya.

Saya mengklik pada video yang dihantar ke mesej peribadi saya tanpa sebarang penjelasan dan ia dihantar dalam skrin hitam, saya tidak tahu apa itu atau apa maksudnya sehingga saya mengklik padanya untuk memeriksanya. Sepatutnya saya cakap ‘Hentikan, ini salah,’ tapi saya bukan jenis orang yang bercakap sebegitu, jadi saya abaikan sahaja.

Walau bagaimanapun, seperti yang saya jelaskan ketika itu dan merayu walaupun selepas itu, saya tidak pernah menyertai ruangan sembang kumpulan tertentu atau terlibat dalam insiden keji ini yang mana perkara yang saya tidak mahu bicarakan tentang telah berlaku.

Selama bertahun-tahun, saya menjadi sasaran serangan media dan orang awam serta status saya sebagai ahli kumpulan ruang sembang dipersoalkan. Biarpun saya tegaskan kebenaran, orang awam masih menganggap saya sama sahaja dengan ahli kumpulan sembang yang lain, meskipun ianya langsung tiada kaitan dengan saya.

Saya tidak mempunyai keyakinan untuk mengungkit masa lalu dan bercakap mengenainya sekali lagi, dan saya tidak boleh. Saya tidak berani fikir ia akan berlalu begitu sahaja. Saya menghabiskan masa selama ini dengan mengabaikannya.

Walaupun saya terluka atau meninggalkan parut yang mendalam dalam diri, saya akan bertahan dan mengharunginya. Saya harap semua orang, termasuk keluarga saya dan orang yang saya cinta dan sayang, serta peminat yang melihat kekurangan saya, tidak terluka.

Saya akan berusaha keras pada setiap masa untuk menjadi seorang yang lebih matang dan lebih baik dari sebelumnya.

Terima kasih kerana membaca catatan panjang ini, Jaga kesihatan anda semua dan semoga hari anda menyenangkan.

Sementara itu, Yong Junhyung meninggalkan Highlight pada Mac 2019 selepas didedahkan bahawa dia telah menerima rakaman video seks secara haram daripada penyanyi Jung Joon Young. Pada sidang akhbar untuk kemunculan semula solonya pada 2022, Junhyung berkata, “Saya bukan sebahagian daripada mana-mana kumpulan sembang. Walau bagaimanapun, saya menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam perbualan pada masa itu dan saya tahu bahawa salah saya kerana tidak dapat memperbaikinya. Saya hanya boleh menyapa anda dengan perkara yang baik-baik mulai sekarang.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 용준형 (@bigbadboii)

Semoga yang baik-baik sahaja buat Yong Junhyung.

Dalam pada itu, skandal Burning Sun dan rakaman video seks secara haram oleh Jong Joon Young hangat diperkata ramai dan kembali mencuri perhatian apabila sebuah dokumentari khas “Burning Sun: Exposing the Secret Kpop Chart Groups” disiarkan di BBC. Filem dokumentari tersebut telah menyalurkan fakta yang tidak pernah diungkapkan sekaligus memberi banyak kejutan kepada masyarakat. Ia juga bahkan menceritakan secara terperinci mengenai jenayah tersebut.