Peminat B.I berpeluang memenangi pelbagai faedah tambahan di “HYPE UP in KUALA LUMPUR”

Penyanyi K-pop, B.I bakal mementaskan konsert solo pertamanya di sini yang berjudul B.I 2024 Tour ‘HYPE UP’ di Kuala Lumpur, anjuran Lo-Fi Entertainment, pada 6 petang, Ahad, 30 Jun 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Menjelang hari persembahan, B.I telah membawa beberapa siri kejutan kepada peminatnya yang dikenali sebagai ID yang bermaksud “identiti”, antaranya rakaman video ucapan, serta pengumuman artis jemputan iaitu LEO yang di bawah naungan syarikatnya untuk konsert ini di ibu kota. Tahun lepas, LEO mengeluarkan lagu single “One Look” dan terus menarik perhatian dalam bidang hiburan.

Bukan sahaja para peminat yang telah membeli tiket berpeluang memenangi pelbagai faedah peminat atau ‘fan benefits’, mereka yang ingin membeli tiket selepas ini turut berpeluang memenangi faedah tambahan seperti berikut:

Zon HYPE – RM788
Faedah Peminat Tambahan: Panggilan Video Eksklusif bagi 6 peminat bertuah, Sesi Goodbye untuk 100 peminat, Gambar Berkumpulan untuk 90 peminat (Satu kumpulan 30 orang)

• Zon UP – RM688
Faedah Peminat Tambahan: Sesi Soundcheck bagi 25 peminat, Sesi Goodbye untuk 50 peminat, Gambar Berkumpulan untuk 60 peminat (Satu kumpulan 30 orang)

• Zon BE – RM538
Faedah Peminat Tambahan: Sesi Soundcheck untuk 25 peminat

Jangan terlepas peluang untuk mendapatkan tiket anda melalui https://www.ticketingtix.com/events/BI24. Harga tiket tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

Sila pastikan anda mendapatkan tiket daripada pihak berwajib bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti Lo-Fi Entertainment di Facebook dan Instagram.

loading...