3 sebab kenapa korang kena tengok “The Player 2: Master Of Swindlers”

Drama tvN yang akan bersiaran “The Player 2: Master of Swindlers” telah berkongsi sebab untuk korang tonton sambungan drama ini menjelang tayangan perdananya!

Sekuel yang dinanti-nantikan untuk siri hit OCN 2018 “The Player,” “The Player 2: Master of Swindlers” ialah sebuah drama rompakan yang mengisahkan sekumpulan penipu berbakat yang menyasarkan golongan kaya dan korup dengan mencuri wang kotor yang telah diperolehi secara haram.

Song Seung Heon akan memainkan semula peranannya sebagai penipu licik Kang Ha Ri, yang merupakan dalang di sebalik rancangan rumit skuad itu. Lee Si Eon juga akan memainkan semula peranannya sebagai penggodam hebat Lim Byung Min, manakala Tae Won Suk akan kembali sebagai pejuang terkemuka Do Jin Woong. Ha Ri juga mengalu-alukan dua ahli baru yang meyertai pasukannya iaitu Jung Soo Min (Oh Yeon Seo) dan Jane (Jang Gyu Ri).

Jung Soo Min merupakan seorang penggerak dan pemerhati misteri yang membawa Kang Ha Ri kembali ke dalam permainan. Sebagai orang yang mengumpulkan penipu untuk satu rancangan besar, dia adalah ahli strategi yang penuh dengan kepimpinan dan karisma. Manakala, watak Jane lakonan Jang Gyu Ri merupakan seorang pemandu baru kumpulan itu yang memiliki kemahiran memandu yang sangat hebat. Jane seorang yang baik hati biarpun luarannya nampak tegas dan bersifat dingin.

Menjelang tayangan perdananya, “The Player 2: Master of Swindlers” berkongsi tiga sebab untuk menjangkakan drama yang akan datang ini.

1. Kerja berpasukan yang sangat baik

Drama ini menimbulkan jangkaan untuk sinergi antara pelakon berbakat Song Seung Heon, Oh Yeon Seo, Lee Si Eon, Tae Won Suk, dan Jang Gyuri. Daripada penipu yang genius kepada penggodam yang cemerlang, pejuang terbaik, pemandu baharu dan wanita misteri. Kelima-lima lima watak unik ini meningkatkan jangkaan untuk kerja berpasukan mereka, keserasian yang menyegarkan dan pelbagai aksi serta kisah yang akan datang. Bagaimana mereka boleh memupuk semangat kerjasama berpasukan dan mengendalikan sebarangan masalah yang timbul adalah aspek yang paling dinanti ramai.

2. Penjahat yang lebih kuat

Penipu yang penuh karismatik Kang Ha Ri, yang menangani penjenayah dengan caranya sendiri, akan menerima tawaran daripada wanita misteri Jung Soo Min (Oh Yeon Seo). Ha Ri akan berdepan dengan kes yang baharu, mengetuai rancangan baharu untuk menyampaikan keadilan dengan ahli kumpulan beraneka ragam yang terdiri daripada Lim Byung Min, Do Jin Woong, dan Cha Jae Yi (Jang Gyuri), yang telah berkumpul untuk tujuan yang sama, iaitu demi wang dan dendam.

Walaupun penjahat mengancam krew dengan skala kejahatan yang lebih kuat daripada sebelumnya, skuad itu juga akan membuat pergerakan dengan lebih berhati-hati dan bertindak lebih berani berbanding sebelum ini.

3. Adegan aksi yang menakjubkan dan penampilan istimewa pelakon hebat

 

Antara lain yang dinanti-nantikan dalam drama ini ialah adegan aksi luar biasa kru mengejar dan menghapuskan penjenayah. Penonton boleh menjangkakan adegan kejar-mengejar berkereta, pertempuran tangan ke tangan dan adegan pergaduhan yang menggunakan senjata api.

Selain itu, sebagai tambahan kepada babak yang dirakam di Thailand, penampilan istimewa daripada Kim Young Chul, Nana, Ryu Hwa Young, Lee Soo Hyuk, Jun Hyun Moo, Tae In Ho, dan Heo Sung Tae meningkatkan lagi penantian ramai utnuk menonton drama yang penuh dengan kejutan dan aksi ini. Turut membuat penampilan istimewa adalah bekas pelakon siri pertama drama ini iaitu Krystal Jung yang mana sekaligus membuat penonton teruja menantikannya.

“The Player 2: Master of Swindlers” akan ditayangkan pada 4 Jun menerusi tvN Asia – Astro Ch395 & Astro GO ǀ unifi TV Ch211 & unifi playTV | tonton, pada setiap Selasa dan Rabu, jam 9.15PM. Drama ini juga turut ditayangkan dimedium penstriman Viu Malaysia.

Sumber : 1

loading...