Hani EXID dan kekasih hati Yang Jae Woong bakal berkahwin musim luruh ini

Hani EXID dan teman lelakinya, seorang pakar psikiatri Yang Jae Woong akan berkahwin tahun ini!

Pada 31 Mei, media melaporkan bahawa Hani dan Yang Jae Woong akan berkahwin pada September selepas bercinta selama 4 tahun. Kedua-duanya secara terbuka mendedahkan percintaan mereka pada tahun 2022 dan walaupun mereka mengejutkan ramai dengan jurang umur 10 tahun mereka, mereka tetap meneruskan hubungan  dengan sokongan peminat.

Sejak mendedahkan hubungan mereka kepada umum, Hani bersikap terbuka tentang rasa sayangnya terhadap Yang Jae Woong, dan memperingati ulang tahun ke-999 hubungan mereka pada November lalu dengan kolaj foto yang manis. Hani juga sering menyebut teman lelakinya dalam siaran langsung yang dibuatnya.

Pun begitu, menjawab laporan itu, wakil dari agensi Hani, Sublime Artist Agency, secara ringkas menyatakan, “Oleh kerana ia melibatkan kehidupan peribadi aktres itu, sukar untuk kami memberikan jawapan buat masa ini.”

Manakala, baik Hani atau Jae Woong masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini.

Sumber : 1 | 2

loading...