Gong Yoo dan Song Hye Kyo dilamar bintangi drama pengarah “Coffee Prince” dan penulis skrip “That Winter, The Wind Blows”

Gong Yoo dan Song Hye Kyo mungkin akan bergandingan dalam drama terbaru.

Pada 24 April, dilaporkan bahawa Gong Yoo sedang dalam perbincangan untuk memegang watak utama dalam projek baharu yang ditulis oleh penulis skrip terkenal No Hee Kyung. Sebelum ini, didedahkan bahawa Song Hye Kyo sedang berbincang secara positif untuk turut membintangi drama tersebut.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, wakil dari agensi Gong Yoo Management SOOP berkongsi:

Memang benar Gong Yoo telah menerima tawaran untuk projek baharu No Hee Kyung. Dia kini sedang menelitinya.

Menurut laporan, projek baharu Noh Hee Kyung ini merupakan drama sejarah moden yang menggambarkan adegan realistik mengenai tokoh dalam dunia penyiaran. Drama ini  bakal memaparkan kemelut yang berlaku dan merupakan permulaan kepada penciptaan industri hiburan Korea Selatan.

Noh Hee Kyung sebelum ini menulis “It’s Okay, That’s Love,” “Dear My Friends,” “Our Blues,” dan banyak lagi. Dia juga pernah bekerjasama dengan Song Hye Kyo dalam drama “Worlds Within” (2008) dan drama “That Winter, The Wind Blows. (2013)”

Sementara itu, pengarah Lee Yoon Jung, yang diiktiraf untuk karya-karya hebatnya seperti “Coffee Prince,” “Cheese in the Trap,” dan “The Lies Within,” akan menerajui drama ini.

Nantikan lebih banyak kemaskini mengenai gandingan ini.

Sumber : 1 | 2

loading...