“The Player 2” perkenal barisan Master of Swindlers dan kongsi tarikh tayangannya

Musim 2 drama penipuan penuh aksi “The Player” baru sahaja mengeluarkan set pegun pertamanya!

“The Player 2: Master of Swindlers” ialah sekuel kepada siri hit OCN 2018 “The Player.” Siri ini mengetengahkan kehidupan sekumpulan manusia yang berkumpul mengikut kemampuan mereka. Ia mengisahkan seorang penipu, penggodam, pejuang dan pemandu yang bekerjasama untuk menumpaskan golongan kaya dan korup.

Kembali selepas enam tahun sejak Musim 1, “The Player 2: Master of Swindlers” telah mengesahkan kepulangan Song Seung Heon, Lee Si Eon, dan Tae Won Suk, sekaligus menyambut kehadiran Oh Yeon Seo dan Jang Gyuri ke dalam kumpulan mereka yang dinamik.

Song Seung Heon akan memainkan semula peranannya sebagai penipu Kang Ha Ri, dalang di sebalik operasi dan skim rumit penipu itu. Pada musim terbaharu ini, Kang Ha Ri akan berkembang menjadi seorang tokoh yang lebih teliti dan berani, bertekad untuk mendedahkan keuntungan yang diperoleh secara haram oleh mereka yang mengeksploitasi usaha orang lain.

Oh Yeon Seo memainkan watak Jung Soo Min, seorang penggerak dan pemerhati misteri yang membawa Kang Ha Ri kembali ke dalam permainan. Sebagai orang yang menghimpunkan penipu dalam satu rancangan besar, dia  adalah seorang ahli strategi yang penuh dengan kepimpinan dan karisma.

Lee Si Eon kembali sebagai Lim Byung Min, seorang penggodam yang mampu memanipulasi mana-mana rangkaian komputer dengan mudah. Walaupun kelihatan pemalu dan pelik pada pandangan pertama, Lim Byung Min adalah watak yang disuntik dengan elemen jenaka yang unik, kecerdasan dan keprihatinan mendalam terhadap orang lain.

Tae Won Suk memainkan semula wataknya sebagai pejuang terkuat dalam pasukan, Do Jin Woong. Selain daripada kebolehan fizikal dan pertarungan yang mengagumkan, Do Jin Woong juga mempunyai daya tarikan yang comel.

Jang Gyuri pula membawakan watak pemandu baharu, Cha Jae Yi. Di sebalik luarannya yang dingin dan tegas, dia sebenarnya seorang yang lembut hati.

Pasukan produksi mengulas, “Melalui aksi kerja berpasukan yang mendebarkan penipu yang mengalahkan penjahat dan mencapai keadilan dengan cara mereka sendiri, kami berhasrat untuk menawarkan perasaan yang menyegarkan untuk menepis bahang musim panas.”

Walaupun “The Player” pada asalnya disiarkan di OCN, “The Player 2: Master of Swindlers” akan ditayangkan di tvN pada 3 Jun 2024 bagu menggantikan drama “Lovely Runner.”

Sumber : 1

loading...