Penuh misteri dan aksi tegang, “Parasyte: The Grey” akan tayang di Netflix April ini

“Parasyte: The Grey” Netflix tidak lama lagi akan hadir ke skrin kecil pada 5 April ini!

Berdasarkan dunia siri manga legenda Hitoshi Iwaaki “Parasyte,” “Parasyte: The Grey” akan mengikuti peristiwa yang berlaku apabila bentuk hidupan parasit misteri jatuh ke Bumi dari angkasa lepas dan cuba mendapatkan kuasa dengan hidup dalam badan manusia.

Jeon So Nee memegang watak Jeong Su In, seorang wanita yang menjadi mangsa salah satu parasit misteri. Namun parasit itu tidak berjaya mengawal fikirannya dan dia mula hidup berdampingan dengan parasit tersebut. Kehidupan harian Jeong Su In berubah secara drastik kerana dia bukan lagi manusia dan bukan parasit sepenuhnya. Goo Kyo Hwan pula sebagai Seol Kang Woo, yang sedang berusaha menjejaki parasit untuk mencari adiknya yang hilang.

Siri ini akan diarahkan oleh Yeon Sang Ho, pengarah filem zombi ikonik “Train to Busan” dan siri Netflix popular “Hellbound”, yang juga akan menulis skrip bersama-sama dengan penulis “Money Heist: Korea – Joint Economic Area ” penulis Ryu Yong Jae.

Sinopsis

“Parasyte: The Grey” akan menceritakan kisah objek parasit dari angkasa lepas yang jatuh ke Bumi dan cuba terus hidup dengan mendarat di badan manusia sebagai perumahnya. Drama ini akan memfokuskan kepada Su In (Jeon So Nee), seorang wanita muda yang menjadi salah seorang mangsa hos parasit.

Bagaimanapun, parasit itu gagal mengawal fikiran Su In. Akibatnya, Su In terperangkap di antara bentuk manusianya dan pengaruh parasit itu, jadi dia terpaksa hidup berdampingan dengan parasit itu dan berdepan  kejadian aneh.

Heidi ialah parasit yang hidup di dalam badan Su In. Dia berkata, “Kita berdua akan mati jika kita berpisah. Awak dan saya tiada pilihan selain hidup bersama.”

Bagaimanapun, sebagai mutan yang separuh parasit dan separuh manusia, Su In bukanlah manusia sepenuhnya mahupun parasit. Di tengah-tengah kekacauan itu, Seol Kang-woo sibuk menjejaki parasit untuk mencari adiknya yang hilang. Sementara itu, Pasukan Grey telah ditubuhkan dengan ketua Jun Kyung (Lee Jung Hyun), terlibat dalam pertarungan sengit menentang parasit.

Barisan Pelakon

Jeong Su In (Jeon So Nee), seorang wanita yang tanpa diduga memulakan kewujudan bersama yang pelik dengan makhluk parasit, Heidi selepas ia gagal mengambil alih fikirannya. Daripada kehidupan seharian Jeong Su In yang biasa kepada perubahan yang dirasakannya dan kemudian berubah menjadi Heidi parasit,. Gambar pegun yang dikeluarkan ini sekaligus meningkatkan penantian penonton terhadap gambaran Jeon So Nee tentang dua personaliti berbeza.

Seol Kang Woo (Goo Kyo Hwan), yang terlibat dengan Su In semasa dalam usaha menjejaki parasit untuk mencari adiknya yang hilang. Kang Woo memancarkan aura unik dengan pandangannya yang tajam dan mimik muka yang tegang, meningkatkan jangkaan penonton terhadap persembahan Goo Kyo Hwan, yang mana ia menjanjikan sesuatu untuk mambawa penonton menyelami drama itu.

Choi Jun Kyung (Lee Jung Hyun), ketua pasukan Team Grey, sebuah unit khas yang ditugaskan untuk membasmi parasit. Dia dikenali sebagai seorang profesor di akademi polis dan juga seorang profiler yang berbakat serta seseorang yang terlibat secara aktif dalam operasi lapangan, membayangkan keazamannya yang kuat ke arah menghapuskan parasit sepenuhnya.

Chul Min (Kwon Hae Hyo), seorang detektif di Balai Polis Namil yang merupakan sumber kekuatan yang hebat untuk Su In, dan sarjan polis Won Seok (Kim In Kwon), rakan sekerja Chul Min. Penonton tidak sabar untuk mengetahui sama ada Chul Min akan dapat melindungi Su In, mutan yang bukan manusia sepenuhnya atau parasit, sehingga ke akhirnya.

Pengarah Yeon Sang Ho mengulas, “‘Parasyte: The Grey’ adalah cerita tentang kewujudan bersama. Ia akan membuatkan penonton merenung tentang kewujudan bersama dalam organisasi dan individu dalam organisasi.”

Trailer

Jangan lupa untuk tonton “Parasyte: The Grey” hanya di Netflix 5 April ini.

loading...