Lagenda kembali dengan drama jenayah retro “Chief Detective 1958” di Disney+ Hotstar 19 April ini

“Chief Detective 1958” merupakan prekuel kepada salah satu rancangan paling digemari di Korea, yang dibintangi oleh Lee Donghwi dan Lee Jehoon

Musim bunga ini, Disney+ Hotstar bawakan “Chief Detactive 1958” seorang lagenda dalam pembikinan dengan berlatar belakang Seoul tanpa K-Pop, telefon pintar dan penstriman, dan akan bersiaran pada 19 April ini.

Berlatarkan sepuluh tahun sebelum drama Korea ‘70-an dan 80-an yang digemari ramai, “Chief Inspector”, “Chief Detective 1958” membina warisan siri asal’ iaitu penceritaan yang menawan dan watak-watak yang tidak dapat dilupakan untuk menyampaikan plot plot baharu yang hebat dengan menampilkan Detektif Park Yeonghan dan Kim Sangsun.

Dalam “Chief Detective 1958”, kita dapat melihat Park Yeonghan, seorang detektif pesimis yang dilabel sebagai pemberontak selepas berulang kali menentang kerajaan tentera negara itu. Terperangkap dengan tugas yang menyayat hati untuk mengeluarkan gelandangan dari jalan-jalan di ibu kota, keghairahan Yeonghan dan pasukannya tiba-tiba bangkit semula ketika mereka berusaha menangkap pembunuh yang berbahaya.

Pelbagai aksi lucu dan dramatik dengan percikan percintaan boleh dijangkaan dengan membawa suasana retro generasi ketika itu kepada penonton . “Chief Detective 1958” dibintangi oleh Lee Jehoon (Taxi Driver, Signal) sebagai detektif jenayah yang kecewa dan jujur Park Yeonghan; dan Lee Donghwi (Big Bet, Reply 1988) sebagai “anjing gila” pasukan jenayah, Detektif Kim Sangsun. Siri ini diarahkan oleh Kim Sunghoon (Confidential Assignment, Rampant).

Peminat drama jenayah Korea boleh mendaftar di Disney+ Hotstar hari ini untuk menikmati akses segera kepada siri pemenang anugerah “Big Bet”, yang dibintangi oleh Lee Donghwi dan pelakon lagenda Choi Minsik sebagai usahawan bersiri yang berulang kali melintasi batas hadnya untuk membantu memperkukuh perniagaan kasinonya yang sedang berkembang pesat; “The Worst Of Evil”, tentang seorang detektif yang menyamar yang menyusup masuk ke dalam kumpulan baru yang berbahaya; dan “Han River Police” tentang pasukan polis yang tidak kompeten dalam tugasnya; serta pelbagai lagi drama Korea dan antarabangsa yang cukup mendebarkan.

Temui pembikinan legenda apabila “Chief Detective 1958” tiba di Disney+ Hotstar pada 19 April ini.

loading...