Pelakon Kim Min Kyu akan daftar masuk tentera April ini

Pelakon Kim Min Kyu akan menyertai perkhidmatan tentera wajibnya bulan depan!

Pada 20 Mac, agensi Kim Min Kyu, Companion Company, mengumumkan berita pendaftaran Kim Min Kyu melalui kafe peminat rasminya.

Baca kenyataan penuh daripada agensi di bawah:

Hello. Ini Companion Company.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan kasih sayang yang hebat kepada pelakon Kim Min Kyu, dan kami ingin memaklumkan kepada anda tentang pendaftaran khidmat tentera pelakon Kim Min Kyu.

Pelakon Kim Min Kyu akan mendaftar sebagai askar aktif pada 1 April. Tiada acara rasmi akan diadakan pada hari beliau masuk ke pusat latihan ketenteraan wajib.

Untuk Makluman, pendaftaran akan diadakan secara tertutup bagi mengelakkan insiden keselamatan akibat kesesakan lalu lintas di lokasi pemdaftaran.

Kami memohon kasih sayang dan sokongan peminat agar pelakon Kim Min Kyu dengan penuh kesungguhan  menyelesaikan perkhidmatan ketenteraan wajibnya dan kembali dalam keadaan yang lebih matang dan sihat.

Terima kasih.

Kim Min Kyu membuat debutnya dalam drama tvN 2013 ‘Monstar’ dan sejak itu beliau telah muncul dalam pelbagai karya termasuk ‘Signal’, ‘Because This is My First Life’, ‘Perfume’, ‘Queen: Love and War’, ‘Backstreet Rookie ‘ , dan ‘Snowdrop’. Menerusi wataknya sebagai  Cha Sung Hoon, Ketua setiausaha Go Food Tae-moo, dalam drama  ‘Business Proposal’ berjaya mengukuhkan statusnya sebagai bintang generasi akan datang.

Sebelum pendaftarannya, Kim Min Kyu bercadang untuk memenuhi semua komitmen yang dijadualkan.

Semoga Kim Min Kyu berkhidmat dalam perkhidmatan tenteranya dengan selamat dan sihat.

Sumber : 1

loading...