Lee Se Young dan Sakaguchi Kentaro hadir ke sesi bacaan skrip drama terbaru “What Comes After Love”

Nampaknya drama terbaru Coupang Play “What Comes After Love” telah berkongsi sidang bacaan skrip pertamanya! Yang pasti visual Lee See Young dan Sakaguchi Kentaro menarik perhatian ramai.

“What Comes After Love” ialah drama percintaan baharu berdasarkan novel gabungan terlaris oleh penulis Korea Gong Ji Young dan penulis Jepun Tsuji Hitonari. Novel ini mengisahkan kisah cinta seorang wanita Korea dan seorang lelaki Jepun yang bertemu dan jatuh cinta di Jepun, kemudian bersatu semula di Korea lima tahun selepas perpisahan mereka.

Lee Se Young akan membawakan watak Hong, yang jatuh cinta dengan Jungo (lakonan Sakaguchi Kentaro) semasa  belajar di Jepun. Beberapa tahun kemudian, mereka bertemu semula ketika Jungo pergi ke Korea.

Pada pembacaan skrip pertama untuk drama tersebut, barisan pelakon menunjukkan sinergi yang hebat. Bahkan Lee Se Young dan Sakaguchi Kentaro yang menyapa dengan bahasa ibunda masing-masing menghangatkan suasana.

Ketika bacaan skrip dimulakan, Lee Se Young dilihat begitu mudah membawa dirinya menghayati karakternya sehingga  membuatkan semua orang di situ tenggelam dengan garis emosi Hong yang mendalam. Manakala Sakaguchi Kentaro dengan sempurna menjelmakan emosi kesepian Jungo, sekaligus menimbulkan empati.

 

Hong Jong-hyun merangsang emosi dengan menggambarkan hati Min Joon yang sedih, dan Anne Nakamura dengan mahir meluahkan perasaan kompleks Kanna, meningkatkan jangkaan ramai untuk “What Comes After Love”.

“What Comes After Love,” yang telah pun memulakan penggambaran, dijadualkan untuk menyiarkan tayangan perdananya dalam tahun ini di Coupang Play.

Sumber : 1

loading...