Drama terbaru MBC “Chief Detective 1958” kongsi poster terbaru dengan ‘vibes’ klasik

“Chief Detective 1958” akan menjadi prekuel kepada siri klasik Korea “Chief Inspector,” yang bersiaran selama 18 tahun dari 1971 hingga 1989 dan mencapai kemuncak yang luar biasa iaitu merekodkan 70% purata tontonan pada zaman kegemilangannya. Walaupun rancangan asalnya mengambil latarbelakang tahun 1970-an dan 1980-an, tetapi “Chief Detective 1958” akan berlatarkan tahun 1958, iaitu 10 tahun lebih awal sebelum peristiwa yang berlaku dalam drama asal.

Drama ini membawa penonton kembali ke zaman awal kerjaya Park Young Han (Lee Je Hoon) sebelum menjadi seorang ketua detektif. Park Young Han pada ketika itu, seorang detektif muda yang mempunyai rasa keadilan yang kuat. Dia pakar dalam menangkap pencuri kecil. Kemudian, Park Young Han bekerjasama dengan tiga rakan sekerjanya untuk menyelesaikan kes yang tidak dijangka. Fokus utama dari “Chief Detective 1958” adalah pada kisah-kisah detektif muda ini yang berjuang dengan berbagai kes yang dihadapi mereka.

Poster utama yang baru dikeluarkan memaparkan empat detektif—Park Young Han, Kim Sang Soon (Lee Dong Hwi), Jo Kyung Hwan (Choi Woo Sung), dan Seo Ho Jung (Yoon Hyun Soo)— berjalan di sekitar jalan Jongro di Seoul .

Sebuah trem sedang berjalan di tengah jalan yang penuh dengan papan tanda dengan tulisan tangan kuno, memberikan suasana tahun 1950-an. Teks yang berbunyi, “Dalam era kebiadaban, drama penyiasatan yang berperikemanusiaan oleh detektif sebenar,” membayangkan kerja berpasukan hebat para detektif yang bersemangat yang akan menulis sejarah baharu.

Pasukan produksi berkata, “Kami menetapkan susunan pemain optimum Lee Je Hoon, Lee Dong Hwi, Choi Woo Sung, dan Yoon Hyun Soo untuk drama penyiasatan. Sila nantikan apakah perbezaan yang akan ada daripada empat detektif [drama] asal. Anda juga boleh menantikan chemistry antara detektif Balai Polis Jongnam, yang mempunyai personaliti dan kebolehan yang berbeza.”

Drama baharu MBC untuk slot Jumaat-Sabtu”Chief Detective 1958” akan ditayangkan pada 19 April ini. Jom saksikan trailer drama ini di bawah.

Sumber : 1

loading...