Ikut jejak Jennie, Lisa BLACKPINK kini bergelar CEO selepas buka agensi sendiri ‘LLOUD’

Rasmi – Lisa BLACKPINK telah melancarkan syarikat pengurusan artisnya sendiri dan kini bergelar seorang CEO!

Pada 8 Februari, Lisa secara peribadi mengumumkan penubuhan label baharunya bernama LLOUD berserta gambar profil baharu melalui Instagramnya. Dalam mesejnya, Lisa menyatakan visinya untuk LLOUD, dengan menyatakan:

Memperkenalkan LLOUD, platform untuk mempamerkan visi saya dalam muzik dan hiburan. Sertai saya dalam perjalanan yang menarik ini untuk merentasi sempadan baharu bersama-sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Menerusi laman web rasmi LLOUD, turut diterangkan mengenai label tersebut seperti berikut:

Di LLOUD, semangat kami sebagai syarikat pengurusan artis adalah untuk mencipta pengalaman yang melampaui genre dan menghubungkan generasi. Teras kami terletak pada inovasi tanpa henti dan komitmen terhadap keaslian. Kami bukan sahaja menolak sempadan; kami mentakrifkannya semula, mencipta muzik yang mendahului carta dan mencabar genre.

Sementara itu, keempat-empat ahli BLACKPINK  telah memperbaharui kontrak mereka dengan YG Entertainment untuk aktiviti berkumpulan. Oleh itu kesemua aktiviti berkaitan BLACKPINK masih lagi diuruskan oleh YG Entertainment, manakala aktiviti solo Lisa akan diuruskan oleh LLOUD. Untuk mengikuti perkembangan terkini LLOUD, anda boleh dapatkannya menerusi Instagram, X (Twitter), dan YouTube channel.

Terdahulu, pada Disember lepas Jennie Blackpink telah mengumumkan penubuhan agensinya sendiri iaitu OA (ODD ATELIER) yang akan fokus menguruskan aktiviti solonya.