Pada 24 Januari, TVING telah mengesahkan bahawa Jung Gun Joo, Oh Woo Ri, Go Chang Suk, dan Seo Young Hee akan membintangi drama baharu “A Week Before I Die.”
Berdasarkan novel, “A Week Before I Die” merupakan drama percintaan fantasi yang mengisahkan Jung Hee Wan yang berusia 24 tahun, yang tidak suka bersosial dan tidak mempunyai keinginan untuk hidup. Pada suatu hari, teman masa kecilnya dan cinta pertama Kim Ram Woo muncul di hadapannya sebagai malaikat maut seminggu sebelum kematiannya. Kim Ram Woo kemudian menggegarkan kehidupan harian Jung Hee Wan yang lesu dengan melengkapkan senarai keinginan yang luar biasa bersama-sama pada minggu terakhirnya.
Sebelum ini, telah disahkan bahawa Gong Myung akan membawa watak Kim Ram Woo, seorang lelaki yang tampan, angkuh tetapi baik hati. Selepas enam tahun berlalu, dia muncul dalam hidup Hee Wan dan mula membantunya dengan masalah hidup.
Manakala Kim Min Ha pula sebagai Jung Hee Wan, seorang wanita yang bijak dan tidak bersalah. Hee Wan juga digambarkan seorang wanita yang mensia-siakan masa mudanya dan berfikir untuk menamatkan hidupnya.
Jung Gun Joo akan menggambarkan Lee Hong Seok, kawan baik Kim Ram Woo dan seorang peminat board game. Oh Woo Ri bersedia untuk memainkan watak Yoon Tae Kyung, seorang penggemar makanan comel yang merupakan kawan baik dan sehati sejiwa dengan Jung Hee Wan.
Go Chang Suk pula sebagai bapa Jung Hee Won, Jung Il Bum, seorang bapa tunggal yang mengusahakan sebuah restoran kecil dan membesarkan dua anak perempuannya seorang diri. Akhir sekali, Seo Young Hee akan memegang watak Kim Jung Sook, ibu Kim Ram Woo yang melepaskan kerjayanya sebagai pelukis untuk menumpukan sepenuh perhatian untuk melindungi anaknya.
“A Week Before I Die” dijadualkan untuk tayangan pada 2025.
Sumber : 1