SM Entertainment keluar kenyataan berhubung isu Haechan NCT ditangkap merokok dalam kawasan larangan dan dikenakan denda

Haechan NCT telah didenda kerana ditangkap merokok di dalam kawasan larangan / dalam bangunan.

Pada 10 Januari, NCT 127 telah mengeluarkan video latihan tarian di belakang tabir untuk “Be There For Me” di saluran YouTube rasmi kumpulan itu. Dalam video itu, Haechan didakwa dirakam menghisap rokok elektronik (vape) di dalam bilik latihan dalaman.

Sudah pasti tindakan Haechan mengundang kritikan daripada pelbagai pihak kerana ianya jelas melanggar peraturan. Rata-rata netizen memintanya membuat permohonan maaf. Untuk pengetahuan, di Korea Selatan, merokok dalam sesebuah ruangan (indoor) adalah dilarang. Seseorang yang didapati merokok di dalam ruangan akan didenda oleh jabatan kesihatan.

Sebagai tindak balas kepada insiden ini, SM Entertainment mengeluarkan kenyataan berikut pada 11 Januari:

Kami telah mengesahkan bahawa Haechan menggunakan rokok elektronik (vape) di dalam ruangan  latihan tarian NCT 127 yang dikeluarkan pada 10 Januari seperti yang dilihat dalam video tersebut. Pada hari ini (11 Januari), Haechan mengaku bersalah (merokok dalam kawasan larangan) dan meminta maaf atas kontroversi tersebut. Disamping itu, dia juga berhasrat untuk membayar denda yang dikenakan oleh jabatan kesihatan berkaitan dengan perkara ini.

Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada ramai pihak melalui tingkah laku yang tidak bertanggungjawab ini. Kami akan memberi perhatian khusus untuk memastikan insiden sebegini tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Pada tahun 2023, ahli EXO D.O. juga telah didenda selepas klip videonya dilihat menghisap rokok elektronik di dalam ruang menunggu MBC tersebar dalam talian.

Terdahulu, Haechan akan berehat seketika daripada semua aktiviti kerana keadaan kesihatannya dan hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan dia mengalami radang tonsil yang teruk. Disebabkan itu, doktor menasihatkannya agar mendapatkan rehat yang secukupnya agar proses pemulihannya berjalan dengan lancar.

Sumber : 1 | 2

loading...