Park Bo Gum dan Kim So Hyun, gabungan visual yang menarik sah terajui drama aksi komedi terbaru JTBC

Gandingan visual yang menarik, Park Bo Gum dan Kim So Hyun akan bekerjasama untuk drama baharu bersama!

Pada 11 Januari, telah disahkan bahawa Park Bo Gum dan Kim So Hyun akan membintangi drama baharu JTBC “Good Boy” (tajuk literal).

“Good Boy” merupakan sebuah drama bergenre aksi komedi yang digarap oleh Pengarah Shim Na Yeol, yang sebelum ini telah memimpin projek drama “At Eighteen Beyond Evil”, dan “The Good Bad Mother”. Manakala skripnya dihasilkan oleh drama Lee Da Il yang turut menulis skrip untuk siri “Life on Mars” dan “Let’s Fight Ghost”.

Drama ini mengikuti perjalanan sekumpulan pemenang pingat emas menjadi pegawai polis khas. Selepas berdepan dengan masalah kewangan, tempoh kerjaya yang singkat, kecederaan dan masalah lain, pemenang pingat emas ini bergabung untuk membentuk “Olimpik Avengers”. Kemahiran unik yang mereka miliki semasa menjadi atlet akhirnya digunakan untuk memerangi jenayah yang berlaku.

Park Bo Gum akan memegang watak sebagai Yoon Dong Joo, bekas pemegang pingat emas Olimpik dalam acara tinju yang menjadi pegawai polis untuk Unit Jenayah Keganasan Khas melalui pengambilan khas untuk atlet Olimpik. Dilahirkan dengan bakat berlawan, Yoon Dong Joo menjadi wira Olimpik, namun selepas putis asa disebabkan  kariernya diambang kejatuhan, dia memulakan semula kehidupannya sebagai seorang pegawai polis. Yoon Dong Joo digambarkan sebagai seorang lelaki yang berdedikasi dalam menjalankan tugasnya untuk melindungi masyarakat, dan bertindak tegas dalam semua perkara.

Kim So Hyun pula sebagai pemenang pingat emas menembak Olimpik yang menjadi ‘dewi menembak’ kesayangan ramai bernama Hanna. Dia terkenal kerana mempunyai kecantikan yang luar biasa sebagai atlet menembak. Tetapi insiden yang mengejutkan memaksa Hanna berhenti menembak dan meneruskan kerjayanya sebagai pegawai polis. Biasanya dikenali sebagai seorang yang tenang dan pendiam, Hanna kemudian telah berubah menjadi seorang wanita yang tegas dalam soal cinta dan kerja.

Pasukan produksi “Good Boy” berkongsi, “‘Good Boy’ ialah cerita yang menyeronokkan serta menyegarkan tentang wira Olimpik yang meninggalkan dunia atlet [permainan]yang penuh dengan peraturan untuk memerangi jenayah kekerasan yang penuh dengan perbuatan tidak beretika, keji dan penipuan. Nantikan gandingan hebat Park Bo Gum dan Kim So Hyun yang akan membawakan watak mereka dengan penuh tulus dalam menggambarkan perjalanan bekas wira Olimpik dengan latarbelakang berbeza yang kemudian bersama-sama membanteras keganasan. “

Sumber : 1

loading...