SBS & MBC umum calon ‘Best Couple Awards” untuk anugerah drama 2023 masing-masing

Anugerah Drama SBS 2023 (SBS Drama Awards 2023) telah mendedahkan calonnya untuk anugerah Pasangan Terbaik!

Calon-calon untuk anugerah Pasangan Terbaik Anugerah Drama SBS tahun ini adalah Ryeoun dan Shin Ye Eun, yang memikat penonton dengan percintaan yang menggetarkan hati  dalam “The Secret Romantic Guesthouse,” Ahn Hyo Seop dan Lee Sung Kyung, yang menggambarkan cinta mereka yang begitu mendalam dalam “Dr. Romantic 3,” dan Song Kang dan Kim Yoo Jung, yang kini sedang memikat hati penonton melalui kisah perkahwinan kontrak dalam “My Demon.”

Anugerah Drama SBS 2023 dijadualkan berlangsung pada 29 Disember, di mana Shin Dong Yup dan Kim Yoo Jung akan bersatu semula sebagai hos untuk Anugerah Drama SBS tahun ini!

MBC Drama Awards 2023

Anugerah Drama MBC 2023 (MBC Drama Awards 2023) telah mengumumkan calon-calon untuk anugerah Pasangan Terbaik!

Pada 18 Disember, MBC telah mengumumkan calon untuk Anugerah Drama MBC 2023 bagi kategori Pasangan Terbaik (Best Couple), yang akan berlangsung pada 30 Disember.

Antara calon-calon yang terpilih adalah pasangan Woo Do Hwan dan Bona WJSN, yang memikat penonton dengan kisah cinta romantis mereka dalam “Joseon Attorney,” Namgoong Min dan Ahn Eun Jin, yang menggambarkan kelembutan cinta dalam “My Dearest,” Cha Eun Woo ASTRO dan Park Gyu Young, yang memainkan pasangan yang menyembuhkan hati masing-masing yang terluka melalui cinta dalam “A Good Day to Be a Dog,” dan Lee Se Young dan Bae In Hyuk, yang mempamerkan keserasian yang mengagumkan dalam “The Story of Park’s Marriage Contract.”

Anugerah Drama MBC 2023 akan disiarkan pada 30 Disember ini dan dihoskan oleh Park Gyu Young dan Kim Sung Joo. Undian akan berlangsung sehingga 25 Disember jam 12 pagi KST melalui laman web rasmi Anugerah Drama MBC 2023 dan Naver Poll.

Sumber : 1 | 2

loading...