IVE akan kunjungi Kuala Lumpur buat pertama kali sempena siri jelajah konsert ‘SHOW WHAT I HAVE’ Februari 2024

Berita baik buat peminat kumpulan IVE Malaysia khususnya atau dikenali sebagai DIVE. Penantian anda semua untuk menyaksikan kumpulan kesayangan beraksi di atas pentas secara dekat kini menjadi kenyataan.

Kehadiran IVE, yang merupakan salah sebuah girlgroup yang kini sedang meniti populariti diperingkat global,  sangat dinanti-nantikan oleh peminatnya di Malaysia. IVE THE 1ST WORLD TOUR <SHOW WHAT I HAVE> IN KUALA LUMPUR yang dianjurkan oleh iMe MY, akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 17 Februari 2024 (Sabtu) pada jam 7 petang.

IVE ditubuhkan oleh Starship Entertainment pada tahun 2021. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli: Yujin, Gaeul, Rei, Wonyoung, Liz dan Leeseo dan telah debut pada 1 Disember 2021 dengan album single pertama mereka Eleven. Pada tahun 2022, mereka mengeluarkan album single kedua mereka ‘Love Dive’ dengan single utama dengan nama yang sama sekaligus melonjakkan lagi nama kumpulan ini. Lagu ‘Love Dive’ mencipta fenomena apabila mengungguli carta-carta muzik Korea dan juga global. Bahkan, lagu ‘Love Dive’ dinobatkan lagu terbaik (Song of the Year – Daesang) di MAMA 2022, Melon Music Awards 2022, Golden Disc Awards 2023 dan Asia Artist Awards 2022.

Sebagai tambahan, nama kumpulan ini, IVE, adalah singkatan kepada “I Have (Saya Ada)”. Ia merujuk kepada idea untuk menunjukkan apa yang “saya ada” kepada penonton dengan yakin, di mana daripada menceritakan kisah pertumbuhan, kumpulan ini cuba menggambarkan “kumpulan wanita lengkap” dari awal.

<SHOW WHAT I HAVE> World Tour adalah siri jelajah konsert ke seluruh dunia yang pertama dan jelajah kedua keseluruhan buat IVE, dan ini juga sebagai menyokong album terbaru mereka I’ve Mine yang telah rilis pada Oktober 2023 dengan lagu popular ‘Baddie’. Siri jelajah dunia <SHOW WHAT I HAVE> telah bermula di Korea pada 7 Oktober lepas dan turut akan mengunjungi peminat  mereka di 27 buah negara termasuk negara-negara di Asia Tenggara seperti Bangkok, Jakarta, Singapura dan juga Kuala Lumpur. iMe MY yakin yakin bahawa konsert ini bukan sahaja akan diisi dengan kejutan, tetapi ia juga akan meninggalkan kenangan yang abadi dan berharga buat semua DIVE khususnya di Malaysia.

Tiket untuk IVE THE 1ST WORLD TOUR <SHOW WHAT I HAVE> IN KUALA LUMPUR akan mula dijual pada 1 Disember (Jumaat) bermula jam 12 tengah hari menerusi laman sesawang https://my.bookmyshow.com/. Sila pastikan anda membeli dan mendapatkan tiket hanya melalui bookmyshow.com bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Harga tiket dijual seperti berikut : (VIP) MYR988, (PS1) MYR868, (PS2) MYR668,  (PS3) MYR568, (PS4) MYR468 dan (PS5) MYR368. Harga yang dinyatakan tidak termasuk yuran pengendalian RM4. Peminat hanya boleh memberi 4 tiket untuk setiap transaksi pembelian dan semua tempat duduk adalah bernombor. Berikut adalah kedudukan tempat duduk dan faedah kepada peminat (fan benefit) untuk pemegang tiket VIP.

Untuk butiran lanjut mengenai IVE THE 1ST WORLD TOUR <SHOW WHAT I HAVE> IN KUALA LUMPUR, sila nantikan kemaskini di media sosial rasmi iMe MY. [Facebook, Twitter, Instagram].

loading...