Lee Jong Suk ditawar bintangi drama terbaru arahan Lee Eun Bok disamping Go Min Si

Lee Jong Suk mungkin akan kembali menghiasi kaca tv anda dengan drama terbaru!

Pada 21 November, OSEN melaporkan bahawa Lee Jong Suk kini sedang mempertimbangkan secara positif drama tersebut setelah menerima lamaran untuk memainkan watak utama lelaki daripada pihak produksi  “I Am Against My Romance.”

“I Am Against My Romance” merupakan drama percintaan yang dinanti-nantikan arahan Lee Eung Bok, yang terkenal dengan siri popular seperti “Descendants of the Sun,” “Guardian: The Lonely and Great God” (juga dikenali sebagai “Goblin”) , “Mr. Sunshine,” “Sweet Home” dan “Jirisan.” Skripnya pula ditulis oleh Kim Eun dari “Something in the Rain.”

“I Am Against My Romance” mengisahkan pertemuan semula bekas kekasih. Pertemuan semula itu adalah kesinambungan hubungan mereka sebelum ini dan juga permulaan perhubungan yang tidak pernah mereka ketahui. Drama ini dijangka akan menampilkan kisah penyatuan semula cinta pertama yang dapat menghubungkan dengan para penonton.

Terdahulu, pada September, agensi  Go Min Si dan Choi Hyun Wook mengesahkan kedua-dua pelakon itu telah ditawarkan untuk menerajui drama tersebut. Bagaimanapun, menjelang Oktober, agensi Choi Hyun Wook memaklumkan bahawa pelakon itu terpaksa menolak tawaran berkenaan kerana konflik penjadualan.

Oleh yang demikian, Lee Jong Suk ditawarkan untuk membawa watak yang pernah ditawarkan kepada Choi Hyuk Wook, iaitu sebagai Kim Tae Kyung. Watak Kim Tae Kyung digambarkan seorang yang percaya pada naluri, bertimbang rasa dan jujur. Ini mungkin merupakan projek drama terbaru Lee Jong Suk selepas membintangi drama hit ‘Big Mouth” pada 2022. Apakah “I Am Against My Romance’ akan menjadi  penanda aras kerjasama pertama pelakon itu dengan pengarah Lee Eun Bok? Pastinya, peminat Lee Jong Suk tidak sabar-sabar menantikan berita baik dari Lee Jong Suk.

Sementara itu, Go Min Si sedang dalam meneliti naskhah untuk watak utama wanita Hong Je Bi, seorang guru di pusat jagaan. Hong Jae Bi digambarkan sebagai seorang wanita yang sentiasa belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukannya, Dia sedar bahawa Kim Tae Kyung mungkin bukan pasangan yang sesuai untuknya, namun dia tidak berupaya untuk memutuskan hubungan dengannya. Untuk pengetahuan, Go Min Si pernah bekerjsama dengan pengarah Lee Eung Bok dalam siri “Sweet Home” dan “Jirisan.”

“I Am Against My Romance” dijangka disiarkan di tvN pada tahun 2024. Apapun, nantikan kemaskini yang selanjutnya.

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...