Dokumentari “BTS Monuments: Beyond The Star” akan datang di Disney+ Hotstar 20 Disember ini

Siri dokumentari ini akan membawa penonton menerokai perjalanan 10 tahun Ikon Pop Abad Ke-21 yang penuh emosi bermula saat pertama kali mereka bertemu sehingga mereka berpisah seketika demi mengutamakan tanggungjawab kepada negara dan memulakan projek solo masing-masing, sebelum kembali bersatu dengan 7 orang ahlinya yang dijangkakan pada 2025.

MALAYSIA, KUALA LUMPUR (21 November 2023) – Selepas penampilan pertama Disney+ Hotstar 2022 yang luar biasa dengan BTS: PERMISSION TO DANCE ON STAGE – LA, ikon pop abad ke-21 BTS kembali memeriahkan kandungan Korea yang telah memenangi anugerah dengan BTS Monuments: Beyond The Star–  siri dokumentari terbaru dengan lapan bahagian yang akan disiarkan pada 20 Disember, eksklusif untuk Disney+ Hotstar.

Menampilkan siri temu bual, persembahan dan momen di belakang tabir bersama RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V dan Jung Kook yang tidak pernah dilihat sebelum ini, BTS Monuments: Beyond The Star akan membawa penonton menyusuri perjalanan suka dan duka serta penuh dengan onak duri merentasi kerjaya selama 10 tahun kumpulan muzik itu buat kali pertama dalam format dokumentari yang menawan.

Siri ini juga turut menampilkan penampilan Pengerusi HYBE Bang Si-Hyuk, dan penulis BEYOND THE STORY: 10-YEAR RECORD OF BTS; Kang Myeongseok. BTS Monuments: Beyond The Star akan mengimbas kembali detik-detik bersejarah kumpulan itu selama ini, mempertontonkan semula bagaimana kumpulan itu muncul , bagaimana persiapan untuk penampilan sulung mereka, bagaimana rasanya memenangi artis baharu terbaik di anugerah muzik Melon 2013, menyoroti perjuangan mereka semasa tempoh promosi “Danger”, membincangkan tantang konsert pertama mereka, penampilan sulung mereka di Anugerah Muzik Amerika dan Billboard Music Awards, bagaimana perasaan mereka menjadi bintang di Amerika, detik-detik memberikan ucapan di PBB, membuat persembahan di Stadium Rose Bowl, keterujaan beraksi di Stadium Wembley London dan banyak lagi. Pendek kata, dokumentari ini akan mengikuti perjalanan tujuh ahli BTS sejak 10 tahun lalu ketika mereka mencari erti kehidupan serta matlamat mereka semasa mengembara ke tempat yang belum pernah dilawati sesiapa sebelum ini.

Dokumentasi yang akan datang ini juga menyoroti detik-detik yang sangat peribadi dari masa lalu mereka, termasuk perasaan mereka ketika kali pertama bertemu antara satu sama lain; proses pembaharuan kontrak awal mereka; kesukaran mengasingkan diri semasa COVID; serta detik-detik gembira yang lain termasuk pesta ulang tahun mengejut j-hope dan majlis graduasi sekolah menengah Jung Kook.

Disney+ Hotstar hari ini turut mengumumkan tajuk bagi setiap lapan bahagian dokumentari itu, memberi petunjuk kepada peminat tentang perkara yang boleh mereka harapkan daripada setiap episod:

Episode 1 – The Beginning
Episode 2 – Adolescence
Episode 3 – Pursuit of Happiness
Episode 4 – Disconnected
Episode 5 – Welcome!
Episode 6 – Begin and Again
Episode 7 – Still Purple
Episode 8 – Promise For Tomorrow

Dijadual untuk tayangan perdana dua episod pada 20 Disember, dengan dua episod baharu dikeluarkan setiap hari Rabu, BTS Monuments: Beyond The Star akan menyertai pelbagai kandungan BTS yang tidak boleh dilepaskan yang tersedia di Disney+ Hotstar, termasuk: BTS: PERMISSION TO DANCE ON STAGE – LA , filem konsert 4K sinematik eksklusif yang memaparkan persembahan langsung BTS di Stadium Sofi Los Angeles pada November 2021; SUGA: Road to D-DAY, sebuah dokumentari berwawasan yang mengikuti ahli BTS SUGA ketika beliau mengembara ke seluruh dunia dari Seoul ke Tokyo, Las Vegas dan seterusnya untuk mencari inspirasi muzik untuk album terbarunya D-DAY; j-hope IN THE BOX, sebuah dokumentari di sebalik tabir proses persiapan album solo pertama j-hope, Jack In The Box; dan IN THE SOOP : Friendcation – rancangan realiti pengembaraan dengan pelakon hebat termasuk V BTS, Park Seojun (Itaewon Class), bintang Parasit Choi Wooshik, Park Hyungsik (Soundtrack #1) dan Peakboy, ketika lima rakan itu menerokai perjalanan jauh dari kesibukan kota dan menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama.

Jadi, jangan lupa untuk strim dua episod pertama BTS Monuments: Beyond The Star dari 20 Disember, secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

loading...