Rancangan pelbagai Korea ‘Jinny’s Kitchen: Team Building’ akan datang secara eksklusif di Prime Video

Prime Video mengumumkan pada 1 November bahawa “Jinny’s Kitchen: Team Building” akan bersiaran di perkhidmatan penstriman mereka pada bulan ini.

“Jinny’s Kitchen: Team Building” adalah spin-off daripada “Jinny’s Kitchen” yang dibintangi oleh Lee Seo-jin, Jung Yu-mi, Park Seo-jun, Choi Woo-shik dan V BTS. Dengan penayangan dua episod ini, ia akan memaparkan detik-detik lucu mereka yang bermain permainan dan latihan untuk meningkatkan kerja berpasukan dan komunikasi mereka. “Jinny’s Kitchen: Team Building” akan tersedia di Prime Video di Malaysia dan lebih daripada 240 negara dan wilayah seluruh dunia tidak termasuk Korea Selatan dan China, mulai Ahad, 12 Nov.

“Jinny’s Kitchen” mendapat sambutan hangat penonton global dan peminat boleh menantikan lebih banyak trademark keseronokan mereka dalam dua episod istimewa ini. Kedua-dua episod itu memaparkan penyatuan semula barisan ahli untuk meningkatkan kerja berpasukan dan meningkatkan komunikasi selepas sebelum ini menjalankan restoran snek Korea di Bacalar, Mexico.

Penuh dengan latihan membina pasukan yang menyeronokkan dan detik lucu, episod istimewa akan memberikan lebih banyak hiburan dan gelak ketawa. Pengarah penerbitan Nah Yung-suk adalah individu yang menyumbang kepada detik-detik lucu dengan cabaran dan permainan menarik yang meningkatkan semangat daya saing setiap ahli.

Jadi, jangan lupa untuk kekal bersama Prime Video 12 November ini untuk sama-sama bergelak-ketawa dengan “Jinny’s Kitchen: Team Building”. Berikut adalah sebahagian foto daripada rancangan tersebut.

loading...