Ma Dong Seok, Lee Jun Young, Noh Jung Ui & Lee Hee Joon akan bintangi filem aksi Netflix akan datang ‘Badland Hunters’

Ma Dong Seok, Lee Jun Young, Noh Jung Ui, dan Lee Hee Joon akan bergandingan untuk filem Netflix yang terbaru.

Pada 2 November, Netflix mengumumkan barisan pelakon utama filem aksi blockbuster mereka yang akan datang “Badland Hunters” termasuk Ma Dong Seok, Lee Jun Young, Noh Jung Ui dan Lee Hee Joon.

Berlatarkan dunia pasca-apokaliptik yang sama seperti “Concrete Utopia”, “Badland Hunters” menggambarkan perjuangan untuk bertahan hidup di kalangan mereka yang tinggal di Seoul yang telah musnah, di mana kelangsungan hidup menjadi kemewahan, kesetiaan tidak stabil, dan kehendak manusia diuji terhadap keadaan alam yang paling teruk. Selepas gempa bumi besar melanda, Seoul bertukar menjadi padang pasir dan dunia ketika itu adalah sebuah tempat tanpa undang-undang.

Ma Dong Seok akan memegang watak Namsan, seorang pemburu padang pasir yang tidak mengenal penat lelah yang disertai oleh Lee Hee Jun sebagai doktor Yang Gi Su dan Lee Jun Young sebagai rakan yang dipercayai Choi Ji Wan.

Filem ini akan menandakan projek pengarahan pertama Heo Myung Haeng, yang telah mempersembahkan adegan aksi realistik dengan bekerja sebagai pengarah seni mempertahankan diri dalam pelbagai projek termasuk siri “The Outlaws”, “Hunt,” dan “Train to Busan.”

Nantikan perkembangan terkini berkaitan filem ini.

Sumber :

loading...