
G-Dragon pula kini disiasat polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah
Agak mengejutkan apabila nama G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Young didakwa terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Nama bintang K-pop ini muncul selepas pelakon Lee Sun Kyun ditahan dalam kes yang sama. Pada 25 Oktober, menurut laporan eksklusif dari News1, G-Dragon telah dipanggil polis dan disiasat atas tuduhan penyalahgunaan dadah oleh Agensi Polis Metropolitan Incheon….