Cetus kontroversi kerana buang puntung rokok di atas jalan, pelakon Choi Hyun Wook mohon maaf

Choi Hyun Wook telah berkongsi permohonan maaf atas kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini di mana ianya melibatkan video yang merakamkan dia membuang puntung rokok secara tidak wajar di jalan awam.

Baru-baru ini, seorang netizen telah memuat naik video Choi Hyun Wook, yang ditemui di kawasan Apgujeong Rodeo Seoul. Dalam video itu, pelakon tersebut dilihat memegang tangan seorang wanita sambil menghisap rokok dan kemudian melemparkan puntung rokok itu ke atas jalan di mana kereta diletakkan, sekaligus mencetuskan kritikan.

Pada 5 Oktober, Choi Hyun Wook secara peribadi memohon maaf atas tindakannya melalui agensinya Gold Medalist, dan berkongsi surat tulisan tangan yang menyatakan kekesalannya.

Gold Medalist juga mengeluarkan kenyataan berhubung situasi tersebut.

Baru-baru ini, semasa berbual dengan kenalan di jalanan, Choi Hyun Wook sedang menghisap dan kemudian membuang puntung rokoknya secara tidak wajar dan melakukan tindakan cuai lain yang mungkin menyebabkan orang lain tidak selesa. Choi Hyun Wook mengakui kesilapannya dan sangat menyesali atas apa yang telah dilakukannya. Kami dengan setulus hati memohon maaf kepada semua yang mungkin merasa kecewa.

– Gold Medalist

Surat permohonan maaf penuh tulisan tangan Choi Hyun Wook berbunyi seperti berikut:

Hello, ini Choi Hyun Wook.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan permohonan maaf kepada peminat kerana telah membuatkan mereka kecewa. Walaupun perlu bertanggungjawab atas diri dan kelakuan saya pada setiap masa, saya telah mengecewakan ramai orang dengan tindakan melulu saya.

Saya memohon maaf sekali lagi kepada pengarah drama, penulis, kakitangan, rakan pelakon, dan semua orang yang saya bekerjasama. Saya dengan rendah hati akan menerima kritikan dan nasihat yang anda berikan kepada saya, dan saya akan bermuhasabah diri dan bekerja keras untuk menunjukkan sisi diri yang lebih matang pada masa hadapan.

Pada masa ini di Korea Selatan, adalah haram untuk membuang puntung rokok di jalan, terutama di kawasan larangan merokok.

Choi Hyun Wook mula mendapat perhatian sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas muncul dalam projek popular, seperti tvN ‘Twenty Five, Twenty One’, Wavve’s Weak Hero Class 1′ dan Netflix ‘D.P 2’. Dalam kalangan peminat K-Pop, dia terkenal sebagai model lelaki dalam MV “Ditto” NewJeans. Terbaru Choi Hyun Wook membintangi drama yang sedang bersiaran iaitu “Twinkling Watermelon” dan akan datang adalah drama “High Cookie”.

Sumber : 1

loading...