Suga BTS daftar diri ke kem latihan tentera 22 September ini

Nampaknya, Suga BTS telah bersedia untuk memulakan khidmat tentera wajibnya.

Pada 17 September, BIGHIT MUSIC secara rasmi mengumumkan bahawa Suga akan mendaftar ke kem latihan tentera pada 22 September.

Ini bermakna, Suga merupakan ahli ketiga kumpulan BTS yang menunaikan perkhidmatan ketenteraan wajibnya, selepas Jin dan J-Hope.

Kenyataan bahasa Inggeris penuh agensi adalah seperti berikut:

Hello. Ini BIGHIT MUSIC.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda kepada BTS. Kami ada maklumat terkini mengenai perkhidmatan tentera Suga.

Suga akan memulakan perkhidmatannya pada 22 September ini.
Tiada sebarang acara rasmi akan diadakan pada hari pendaftaran Suga ke kem latihan ataupun pada hari pertama dia memulakan latihan asas. Kami mohon peminat untuk tidak melawatnya di kem tentera sepanjang tempoh. Korang hanya perlu doakan kesejahteraan Suga dari kejauhan sahaja.

Selain itu, segala penjualan atau aktiviti menggunakan nama Suga tanpa kebenaran syarikat akan diambil tindakan sewajarnya demi melindungi harta intelek artis.  yang menggunakan harta intelek artis secara haram. Syarikat kami akan mengambil langkah yang sewajarnya terhadap percubaan pada sebarang aktiviti komersial yang menggunakan IP artis tanpa kebenaran.

Kami memohon kasih sayang dan sokongan berterusan anda kepada Suga sehingga dia menamatkan perkhidmatannya dan kembali dalam keadaan yang sihat sejahtera. Syarikat kami juga akan berusaha untuk memberikan segala bentuk sokongan yang diperlukannya buat masa ini.

Terima kasih.

Usai tamat latihan asas, Suga akan berkhidmat dibahagian perkhidmatan awam memandangkan kecederaan yang pernah dialaminya.

Kami ucapkan selamat menjalankan khidmat tentera kepada Suga!

Sumber : 1