YG Entertainment ulas mengenai status kontrak Lisa BLACKPINK – masih dalam rundingan

YG Entertainment telah berkongsi kenyataan ringkas mengenai perbincangan pembaharuan kontrak Lisa BLACKPINK.

Pada bulan Julai, sebuah agensi China tanpa nama dilaporkan mendakwa bahawa mereka telah berdepan dengan masalah penjadualan untuk penampilan Lisa dalam sebuah rancangan kerana pembaharuan kontrak Lisa dengan YG yang masih samar-samar. YG Entertainment sejak itu menjelaskan bahawa kesukaran itu disebabkan oleh siri jelajah BLACKPINK dan aktiviti individu Lisa, serta menekankan bahawa pembaharuan kontrak masih dalam perbincangan.

Walau bagaimanapun, di sebalik penjelasan YG, spekulasi baru-baru ini terus beredar, menunjukkan bahawa Lisa telah menerima tawaran kontrak yang besar daripada agensi lain dan menolak tawaran YG Entertainment yang dikhabarkan bernilai 40 juta USD.

Pada 15 September, YG Entertainment sekali lagi menyatakan, “Pembaharuan kontrak Lisa masih dalam perbincangan. Khabar angin yang dilaporkan itu adalah tidak berasas dan tiada apa-apa yang kami boleh sahkan.”

Sejak 11 bulan lalu, BLACKPINK telah mengadakan siri jelajah dunia “BORN PINK” mereka di 34 bandar dan di 24 wilayah. Konsert terakhir dan paling berprestij, bertajuk “BORN PINK Finale di Seoul,” yang dijadualkan pada 16 dan 17 September bertempat di Gocheok Sky Dome, sebuah lokasi untuk konsert tertutup terbesar di Korea yang mampu menampung sehingga 20,000 hadirin. Tambahan, BLACKPINK ialah artis K-pop wanita pertama yang mengadakan konsert di tempat tersebut.

Sumber : 1

 

loading...