Variety Show baharu garapan pengarah penerbit (PD) Na Young Suk yang dibintangi oleh Kim Woo Bin, D.O. EXO, Lee Kwang Soo, dan Kim Ki Bang telah mengumumkan jadual tayangan perdananya.
Pada 15 September, tvN mengumumkan bahawa rancangan Na Young Suk akan datang “You Reap What You Sow” akan menyiarkan episode pertamanya pada 13 Oktober ini.
Menurut rangkaian tvn itu lagi, “You Reap What You Sow” dihasilkan dalam gaya dokumentari yang ringan, dan akan mengikuti empat bintang tersebut dalam siri pengembaraan pertanian di luar bandar. Walaupun Kim Woo Bin, D.O. EXO, Lee Kwang Soo, dan Kim Ki Bang ini mungkin punya banyak pengetahuan tentang pertanian, mereka akan bergelut serta menunjukkan emosi sebenar mereka apabila ditugaskan untuk membajak ladang kecil bersama-sama.
Lee Kwang Soo akan mempamerkan pelbagai pesona yang bersilih ganti jenaka dan kesungguhan. Dia bukan sahaja memberikan aura keceriaan tetapi juga menunjukkan kualitinya sebagai pemimpin yang boleh dipercayai, memacu kerja ke hadapan dan menyelesaikan masalah. Kim Woo Bin, yang pertama kali menjadi ahli tetap rancangan TV, berjanji akan menunjukkan sisi baharu dirinya yang menawan dan lucu melalui program tersebut. Tampil dengan fesyen ladangnya, pelakon itu akan berpegang ketat pada terma rutin hariannya “faham dahulu, bertindak kemudian.”
Manakala ahli termuda D.O. akan membuktikan dirinya sebagai permata melalui kepintarannya, kemahiran memasak, dan kecekapan dalam menyelesaikan pekerjaan. Kim Ki Bang dilihat sebagai seorang petani sejati yang mahir mengendalikan peralatan pertanian. Dia begitu teruja menguruskan ladang, menunjukkan teladan, dan menjadikannya abang sulung yang boleh diharap serta dipercayai oleh adik-adiknya.
Dengan keperibadian yang mengujakan dari empat petani baru ini dan persahabatan rapat mereka, penonton tidak sabar-sabar menanti keserasian semula jadi mereka dalam “You Reap What You Sow.” Jadi jangan lupa untuk saksikannya mulai 13 Oktober di tvN.
Sumber : 1