Ji Sung dan Jeon Mi Do ditawar terajui drama thriller terbaru SBS

Ji Sung dan Jeon Mi Do mungkin akan bergandingan untuk drama jenayah misteri terbaru.

Pada 12 September, media melaporkan bahawa Ji Sung dan Jeon Mi Do akan membintangi drama baharu SBS “Connection”.

Menjawab kepada laporan itu, agensi Ji Sung SURPASS Entertainment dan agensi Jeon Mi Do BISTUS Entertainment turut berkongsi bahawa para pelakon kini sedang meneliti tawaran untuk membintangi drama terbaru SBS “Connection”.

“Connection” ialah drama thriller penyiasatan jenayah mengenai persahabatan yang berantakan ketika menjejaki  kematian seorang rakan sekolah menengah yang meninggalkan polisi insurans bernilai lima bilion won (kira-kira $3.7 juta). Drama ini akan diarahkan oleh Kim Moon Kyung yang menggarap drama SBS “Trolley”. Skripnya dihasilkan oleh penulis skrip Lee Hyun yang sebelum ini bekerja bersama dengan pengarah untuk drama JTBC “Diary of a Prosecutor”.

Ji Sung telah ditawarkan watak Jang Jae Kyung, seorang detektif yang tenang dan teliti dalam unit narkotik pasukan penyiasat metropolitan. Apabila rakan sekolah menengahnya meninggal dunia, Jang Jae Kyung adalah penerima polisi insurans hayatnya. Ini menjadikan dia sasaran peras ugut, yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan 5 bilion won. Jang Jae Kyung akan mengaplikasikan semua kemahirannya sebagai detektif untuk melindungi diri dan keluarganya daripada penjenayah yang mengejarnya.

Manakala Jeon Mi Do pula telah ditawarkan watak Oh Yun Jin, seorang ibu tunggal yang kembali ke kawasan kejiranan lamanya selepas dipecat secara tidak adil daripada sebuah syarikat akhbar besar. Dia kemudian bekerja sebagai ketua jabatan berita ekonomi di sebuah organisasi berita kecil. Tiba-tiba, Oh Yun Jun mengetahui bahawa rakan sekolah menengahnya telah meninggal dunia dan meninggalkan wang polisi insurans hayat bernilai 5 bilion won. Menjalani kehidupan perit untuk menyara diri dan anak-anak selepas suami berhijrah ke negara membuatkan Oh Yun Jun gelap mata, materialistik dan menjadi kejam melihat jumlah wang yang besar kerana ianya mampu untuk mengubah kehidupannya.

Mengenai Ji Sung dan Jeon Mi Do.

Ji Sung telah memenangi Daesang untuk peranannya dalam drama SBS “Innocent Defendant” pada 2017. Dua tahun kemudian, Ji Sung kembali bintangi drama SBS “Doctor John,” yang merekodkan rating tontonan tertinggi di seluruh negara sebanyak 12.3% sekaligus menyerlahkan kemahiran lakonannya yang tiada tandingan.

Jeon Mi Do memulakan kerjaya sebagai pelakon muzikal menerusi “Mr. Mouse” pada tahun 2006 dan tampil dalam pelbagai drama serta muzikal sejak itu. Selepas membuat penampilan sulungnya di skrin kecil dengan penampilan penampilan istimewa dalam drama tvN “Mother”, Jeon Mi Do berjaya menarik perhatian ramai dengan watak Chae Song Hwa dalam siri “Hospital Playlist”.

“Connection” sedang bersiap sedia untuk ditayangkan pada separuh pertama tahun 2024. Jadi, stay tuned!

Sumber : 1 | 2 ||3 | 4 | 5

loading...