Drama MBC ‘A Good Day to Be a Dog’ rilis karakter poster Cha Eun Woo, Park Gyu Young dan Lee Hyun Woo

Drama MBC bagi slot Rabu yang akan datang  “A Good Day to Be a Dog” telah melancarkan poster baharu!

Berdasarkan webtoon, “A Good Day to Be a Dog” ialah drama percintaan fantasi tentang Han Hae Na (Park Gyu Young), seorang wanita yang disumpah menjadi anjing apabila dia mencium seorang lelaki. Namun, satu-satunya orang yang boleh mematikan sumpahan itu ialah rakan sekerjanya Jin Seo Won (Cha Eun Woo), yang takut dengan anjing kerana satu peristiwa traumatik yang tidak dapat diingati lagi.

Cha Eun Woo membawakan watak sebagai Jin Seo Won, seorang guru matematik sekolah menengah yang teliti dan kacak namun takut dengan anjing kerana insiden masa lalu. Walaupun sikapnya dingin, tetapi Jin Seo Won adalah idola di sekolah kerana penampilannya yang menawan. Dalam poster warna biru langit, terdapat formula matematik serta buku teks matematik dan protraktor sebagai latar belakang, meningkatkan jangkaan untuk perubahan Cha Eun Woo menjadi seorang guru.

Park Gyu Young pula memainkan watak Han Hae Na, seorang guru bahasa Korea yang cantik dan bijak serta kelihatan mempunyai segala-galanya. Pada posternya ialah kita dapat melihat gambar anjing dan perkataan Gae Na (“Gae” bermaksud anjing dalam bahasa Korea + Hae Na) yang kembali menjadi manusia apabila dicium.

Manakala, Lee Hyun Woo sebagai Lee Bo Kyum, seorang guru sejarah Korea yang merupakan rakan sekerja Jin Seo Won dan Han Hae Na. Lee Bo Kyum seorang yang peramah dan boleh mencairkan hati sesiapa sahaja dengan pesonanya yang mesra seperti anak anjing—tetapi dalam diam disebalik senyumannya ada rahsia yang tersimpan rapi. Bersama-sama dengan imej harimau, teks pada posternya tertulis, “Dewa gunung dengan bilah tersembunyi di sebalik senyumannya.”

Pasukan produksi ‘A Good Day to Be a Dog’ menyatakan keyakinan bahawa percintaan fantasi yang luar biasa ini  menawarkan pengalaman tontonan yang unik dan menyegarkan.

‘A Good Day to Be a Dog’ akan ditayangkan pada 11 Oktober ini.

Sumber : 1

loading...