Alami kecederaan dan perlu berehat, peranan Go Ah Sung akan digantikan dengan Go Ara dalam drama terbaru TVING

Nampak gayanya, Go Ara akan mengambil alih peranan Go Ah Sung dalam drama TVING yang akan datang “The Love Story of Chunhwa”.

Pada 12 September, Sports DongA melaporkan bahawa Go Ah Sung yang memegang watak utama drama itu terpaksa mengundurkan diri ekoran berdepan kecederaan. Manakala Go Ara telah dipilih bagi menggantikan watak yang dilakonkan Go Ah Sung. Sebelum ini, Go Ah Sung secara peribadi berkongsi bahawa dia dimasukkan ke hospital kerana berdepan kecederaan patah sakrum (tulang di antara tulang pinggul) dan diberitahu ia akan mengambil masa kira-kira 12 minggu untuk sembuh.

Menjawab kepada laporan itu, sumber dari agensi Go Ara; King Kong By Starship berkongsi, “Ya, benar. Go Ara disahkan membintangi ‘The Love Story of Chunhwa.’ Baru-baru ini, dia telah menerima skrip dan sedang bersiap sedia untuk memulakan penggambaran.”

“The Love Story of Chunhwa” ialah drama sejarah percintaan yang mengenai kisah seorang puteri yang berhasrat untuk mencari bakal suaminya sendiri dan bukannya berkahwin dengan calon pilihan bapanya. Dalam drama ini juga diselitkan kisah pencarian pelaku yang menggambarkan puteri dalam bentuk chunhwa – sebuah lukisan erotik ketika itu. Pada bulan Jun, dilaporkan bahawa Go Ah Sung dan Jang Ryul akan mengetuai drama itu.

Go Ara akan memegang watak Puteri Hwa Ri (watak asal yang di bawakan Go Ah Sung), seorang puteri bongsu keturunan sah keluarga diraja dan dibesarkan dengan pemikiran yang bebas. Dia menikmati percintaan secara bebas sebelum dia mengisytiharkan bahawa dia akan mencari suaminya sendiri.

Sementara itu, Choi Hwan (Chang Ryul) menduduki tempat pertama dalam senarai calon suami Puteri Hwa Ri. Dengan rupa paras yang kacak dan memiliki kekayaan Choi Hwan sememangnya berkelayakan untuk menjadi suami Hwa Ri. Biarpun secara luaran dia kelihatan seperti seorang lelaki yang sukakan wanita dan wang, tetapi di sebalik itu semua, ternyata dia menyembunyikan rahsia.

Terdahulu pada bulan Ogos, “The Love Story of Chunhwa” mengesahkan bahawa Chani SF9, Son Woo Hyun, Han Seung Yeon KARA, Park Won Sang, dan Park Sun Young akan menyertai barisan pelakon drama itu.

“The Love Story of Chunhwa” dilaporkan akan disiarkan pada tahun 2024.

Sumber : 1 | 2

loading...