D.O dikenakan denda kerana ditangkap merokok dalam kawasan larangan

Kalau dah jadi ‘public figure’ pasti setiap gerak gerinya akan menjadi perhatian orang ramai. D.O EXO juga tidak terkecuali.

Terbaru, D.O telah dikenakan denda oleh Pusat Kesihatan Awam Mapo (Mapo Public Health Center) kerana merokok dalam ruangan bangunan atau lebih tepat merokok dalam kawasan larangan atau kawasan yang tidak sepatutnya.

Pada bulan Ogos yang lalu, EXO berkongsi video di saluran YouTube rasmi mereka yang memaparkan aktiviti promosi mereka untuk “Cream Soda” di “Music Core” MBC. Dalam video itu, D.O. didakwa dilihat menghisap rokok elektronik di dalam ruang menunggu MBC.

Kesan daripada itu, seorang netizen memfailkan aduan kepada Pusat Kesihatan Awam Mapo mengenai salah laku D.O yang merokok dalam ruangan bangunan. Sebagai tindak balas, Pusat Kesihatan menyatakan, “Perkara 9, Perenggan 4, Perkara 16 Akta Promosi Kesihatan Kebangsaan menetapkan bangunan pejabat, kilang, dan bangunan serba guna dengan keluasan lantai 1,000 meter persegi atau lebih sebagai kawasan larangan merokok. Melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda sehingga 100,000 won (kira-kira $75).”

Pusat Kesihatan Awam Mapo meneruskan, “Merokok di dalam bangunan syarikat penyiaran merupakan satu pelanggaran. Walaupun Encik D.O dan agensinya telah menjelaskan bahawa dia menggunakan rokok elektronik bebas nikotin, mereka tidak dapat memberikan bukti produk tersebut bebas nikotin dalam penerangan dan arahan ramuan produk tersebut. Akibatnya, denda dikenakan. Encik D.O juga telah berikrar untuk mematuhi undang-undang sebagai seorang ‘public figure’ pada masa hadapan.”

Diharapkan D.O dan mana-mana lagi idol akan lebih perihatin serta mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Dalam perkembangan lain, D.O akan kembali dengan album solo terbarunya “Expectation’ pada 18 September ini.

Sumber : 1 | 2

loading...