Son Ye Jin dan Hyun Bin sambut kelahiran bayi lelaki pertama

Nampaknya Hyun Bin dan Son Ye Jin kini telah mempunyai keluarga yang lengkap setelah bergelar ibu ayah kepada bayi pertama mereka.

Pada 27 November, agensi Son Ye Jin secara rasmi mengumumkan bahawa pasangan itu telah menyambut kehadiran seorang bayi lelaki awal hari itu.

“Son Ye Jin melahirkan seorang anak lelaki hari ini,” kata agensi itu. “Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat.”

Terdahulu, dilaporkan bahawa Son Ye Jin dijadual bersalin pada bulan Disember; namun, nampak gayanya bayi itu tidak sabar-sabar untuk bertemu ibu bapanya lebih awal daripada yang dijadualkan.

Son Ye Jin dan Hyun Bin pertama kali bertemu semasa membintangi filem 2018 “The Negotiation,” dan mereka kemudian mula bercinta selepas penggambaran drama hit “Crash Landing on You.” Pasangan itu kemudiannya mengikat berkahwin pada Mac tahun ini.

Tahniah kepada keluarga bahagia ini!

Sumber : 1 | 2

loading...