Siri jenayah yang mendebarkan lakonan Ji Chang Wook dan Wi Ha Joon “The Worst of Evil” akan datang esklusif di Disney+ Hotstar 27 September ini

Apabila wujudnya dadah dengan formulasi baharu yang mujarab mula merebak ke seluruh kelab-kelab malam dan temoat tumpuan ramai di Seoul, seorang pegawai yang menyamar cuba menyusup masuk ke dalam kumpulan yang bertanggungjawab demi membanteras penyalahgunaan dadah tersebut dalam “The Worst of Evil” – sebuah drama bertemakan jenayah, aksi dan thriller  yang mendebarkan akan datang secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 27 September ini.

Berlatarkan Seoul pada tahun 1990-an, seorang bekas DJ mengambil alih tampuk pimpinan kumpulan dan mula mengedarkan ubat baharu yang popular, “Gangnam Crystal” di kelab malam. Dengan maklumat terhad mengenai sumber berkaitan, seorang pegawai polis di luar bandar direkrut untuk menyamar dan menyusup masuk ke dalam kumpulan itu untuk menumpaskan jenayah itu dari akar umbinya.

Terpaksa menyembunyikan tugasan baharunya daripada semua orang, pegawai Park Jun Mo terkejut apabila mengetahui isteri dan rakan sekerjanya, Yu Eui Jeong, telah menawarkan diri untuk tugasan yang sama dan mempunyai kisah silam yang misteri dengan dalang dadah baharu itu. Berbelah-bahagi antara dedikasi terhadap tugasnya dan terpaksa memastikan isterinya selamat, aksi Jun Mo akan membuatkan penonton tegang sehingga ke penghujungnya.

 

Dibintangi Ji Changwook (Backstreet Rookie, Suspicious Partner, Empress Ki) sebagai pegawai polis Park Junmo yang akan meyamar masuk ke dalam organisasi dadah haram, Wi Hajun (Squid Game, 18 Again, Little Women) sebagai bekas DJ yang menjadi ketua kumpulan, Jung Gicheul; dan Lim Semi (My Secret Terrius, Shopping King Louis) sebagai pegawai keselamatan Yu Euijeong serta isteri kepada Park Junmo, “The Worst of Evil” diarahkan oleh Han Dongwook (Man in Love) dan ditulis oleh Jang Minseok (Secret Union, Maundy Thursday).

“The Worst of Evil” dengan 12 episode ini akan ditayangkan dengan tiga episode ditayangan perdananya pada 27 September, dua episode berikutnya setiap minggu dan tiga episode untuk tayangan pengakhiran drama ini. Jadi jangan lupa untuk kekal bersama Disney+ Hotstar bagi mendapatkan hiburan serta drama-drama dari Korea yang disiarkan secara eksklusif diplatform tersebut.

loading...