Bekas ahli kumpulan MBLAQ, Thunder dan bekas ahli kumpulan gugudan, Mimi telah mendedahkan hubungan mereka kepada umum!
Pada 13 Julai, rancangan pelbagai KBS 2TV “Second House” menyiarkan pratonton episod minggu depan yang memaparkan satu kejutan besar dan pastinya menarik perhatian penonton. Dalam pratonton itu, Thunder dan Mimi tiba di set penggambaran bersama-sama sambil berpegangan tangan, kemudian mendedahkan bahawa mereka telahpun bercinta sejak empat tahun lalu.
“Second House” adalah sebuah rancangan pelbagai KBS yang diterajui oleh gandingan Choi Soo Jong dan Ha Hee Ra serta Joo Sang Wook dan Joo Jae Yun.
Mimi mengejutkan Choi Soo Jong dengan mendedahkan bahawa dia telah menjalinkan hubungan dengan Thunder selama empat tahun. Dia mengumumkan bahawa mereka adalah ‘pasangan tidak rasmi dalam dunia hiburan’—satu pendedahan yang tidak pernah didedahkan kepada umum sehingga kini. Pendedahan ini seterusnya menimbulkan rasa ingin tahu peminat.
Semasa interaksi mereka, Mimi mengemukakan soalan yang menarik kepada Choi Soo Jong dan Ha Hee Ra, dengan bertanya, “Apa yang anda lakukan jika suami anda tidak mendengar cakap anda?” Thunder pula bertanya, “Bagaimana keadaan korang ketika bercinta secara rahsia? Bagaimana korang dedahkan hubungan kepada umum?”
Berikutan pratonton itu, kedua-dua idol berkenaan menggunakan media sosial mereka untuk meninggalkan surat tulisan tangan peribadi kepada peminat bagi mengumumkan secara rasmi hubungan mereka.
Surat penuh Thunder adalah seperti berikut:
Hello semua, ini Thunder.
Saya akhirnya mendedahkan hubungan saya dengan Mimi melalui rancangan “Second House.”
Pada mulanya, saya bimbang dan tiada keberanian tetapi saya beranikan diri untuk seseorang yang saya nak bersama sepanjang hayat saya.
Demi Mimi, yang sentiasa tenang dan menceriakan saya, sering beri galakkan, memahami saya dengan baik, dan tegas melindungi saya walaupun saya serba kekurangan. Jadi, saya bercadang untuk memikul tanggungjawab ke atasnya dan cuba menunjukkan kepada anda bahawa kami gembira dan melakukannya dengan baik.
Mohon beri kami banyak sokongan dan dorongan. Terima kasih.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyayangi saya sehingga kini. Saya akan terus menunjukkan sisi baik saya sebagai artis yang meminati muzik.
P.S. Mimi, yang telah menjadi alasan saya untuk hidup… Saya sayang awak, dan terima kasih.
View this post on Instagram
Sementara itu, surat penuh Mimi adalah seperti berikut:
Hai semua.
Saya ingin memberitahu anda semua dahulu, tetapi saya akhirnya berkongsikan berita itu melalui rancangan TV dahulu.
Saya rasa peminat pasti sangat terkejut dengan berita yang mengejut itu. Jadi, saya menulis surat ini dengan sepenuh hati.
Saya telah menemui seseorang yang saya mahu menghabiskan sepanjang hayat saya.
Sepanjang masa kami bersama, dia adalah seseorang yang sentiasa berada di sisi saya dan melindungi saya, yang memberi saya kekuatan walaupun dalam keadaar yang sukar dan membimbing saya untuk berkembang lebih jauh.Kami akan berterima kasih jika anda dapat menyokong masa depan kami dengan penuh kemesraan.
Saya harap anda semua sihat dan dipenuhi dengan perkara-perkara yang baik.
Yang ikhlas, Mimi
View this post on Instagram
Tahniah kepada Thunder dan Mimi!
Sumber : 1