Nampaknya episode 7 dan 8 “King The Land” yang disiarkan pada hujung minggu lepas mendapat perhatian ramai dek kontroversi yang melanda drama itu yang dilaporkan tidak menghormati budaya Arab.
“King the Land” menyiarkan episod 7 dan 8 yang menampilkan watak baharu Putera Arab yang bernama Samir (Anupam Tripathi). Dalam episod baru-baru ini, Samir, yang merupakan kawan Gu Won (Lee Junho) semasa belajar di luar negara, melawat King Hotel dan jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Cheon Sa Rang (YoonA) sekaligus mengundang gelak ketawa apabila Gu Won berasa cemburu terhadap Sa Rang.
Dalam proses perkembangan cerita, Samir digambarkan sebagai seorang kaki perempuan yang gemar minum bersama beberapa wanita. Dia menikmati kehidupan malam di tempat yang kelihatan seperti sebuah kelab dan bermesra dengan Cheon Sa Rang, yang pertama kali ditemunya. Samir digelar sebagai playboy oleh Gu Won ketika di zaman belajar mereka.
Apabila episod ini disiarkan, penonton mengkritik “King The Land” kerana tidak menghormati budaya Arab berkaitan mengamalkan alkohol dan menuntut permohonan maaf yang ikhlas daripada pasukan produksi.
View this post on Instagram
Sebagai tindak balas kepada laporan itu, pasukan produksi “King the Land” secara ringkas menyatakan, “Watak, negara, nama tempat, dsb. yang muncul dalam drama adalah rekaan semata, dan tidak ada niat untuk menyindir atau memutarbelitkan budaya tertentu. Pasukan produksi menghormati pelbagai budaya dan akan memberi lebih perhatian kepada produksi supaya tidak ada rasa tidak selesa untuk menonton.”
Pada 12 Julai, pasukan produksi drama mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi melalui akaun media sosial JTBC.
Baca permohonan maaf penuh di bawah:
“King The Land” disiarkan menerusi Netflix pada setiap Sabtu dan Ahad.