Anak gadis terbaru YG Entertainment BABYMONSTER akan debut September ini

Kumpulan gadis baharu YG Entertainment, Baby Monster, kini sedang bersiap sedia untuk penampilan sulung mereka dan menyasarkan debut pada September. Di bawah bimbingan penerbit Yang Hyun Suk, projek sulung kumpulan itu “bergerak ke hadapan dengan pantas”, menurut laporan pada 11 Julai KST.

Lagu bergenre hip hop yang kuat telah dipilih sebagai lagu pertama dan mereka kini dalam peringkat akhir persiapan debut termasuk mengerjakan koreografi dan muzik video. Untuk meningkatkan kualiti album sulung Baby Monster, YG telah menjemput penerbit terkenal luar negara ke Korea dan menganjurkan beberapa kem lagu.

Terdahulu pada bulan Mei, Yang Hyun Suk menyebut bahawa BABYMONSTER akan debut selewat-lewatnya pada musim gugur ini apabila mengumumkan barisan terakhir ahli.

Menyedari penantian yang mengujakan daripada peminat global mengenai tarikh debut, YG menyatakan, “Kami faham peminat tidak sabar-sabar menanti penampilan debut Baby Monster, dan kami beri jaminan bahawa kami akan maklumkan anda berita baik tidak lama lagi.”

BABYMONSTER ialah kumpulan gadis pertama yang diterbitkan oleh YG Entertainment dalam tempoh lebih kurang tujuh tahun sejak BLACKPINK. Kumpulan itu terdiri daripada multinasional ahlinya termasuk Ahyeon, Haram, dan Rora dari Korea, Pharita dan Chiquita dari Thailand, dan Ruka dan Asa dari Jepun.

Sebelum itu, jom tonton muzik video lagu pra-debut BABYMONSTER berjudul “Dream”

Sumber : 1 |

loading...