Saksikan gandingan Wang-Wang Couple dalam “The Love You Give Me” di WeTV

Untuk penggemar CDrama, pastinya Wang Wang Couple tidak asing lagi dikalangan korang. Dengan visual yang menarik, chemistry yang sangat remarkable serta realistik menjadikan mereka adalah pasangan yang sempurna untuk digandingkan bersama.

Selepas mencipta fenomena menerusi “Once We Got Married” pada 2021, Wang Zi Qi dan Wang Yu Wen disatukan kembali dalam “The Love You Give Me” yang telah mula ditayangkan April lepas menerusi WeTV. “The Love You Give Me” dengan 28 episode ini adalah adaptasi daripada novel Ni Gei Wo De Xi Huan karya Shi Ding Rou. Bertemakan romantik komedi, jalan penceritaan yang begitu romantis ini pastinya akan menyentuh perasaan dan membuat korang tersenyum sendiri.

“The Love You Give Me” mengisahkan tentang perjalanan cinta Xin Qi (Wang Ziqi) dan Min Hui (Wang Yuwen) yang bertemu semula setelah berpisah selama 5 tahun akibat perselisihan faham yang sedikit sebanyak membibitkan rasa benci antara mereka. Apabila mereka bertemu semula, Xin Qi mendapati bahawa anak Min Hui, Min Quan Quan, adalah anak kandungnya.

Pada awalnya, ramai yang menyangka “The Love You Give Me” adalah sekuel daripada drama  gandingan terdahulu mereka, “Once We Get Married” yang bertemakan perkahwinan kontrak. Namun, kedua-dua drama ini adalah tidak berkaitan bahkan jalan penceritaan serta genrenya adalah berbeza. Tetapi tetap mendapat perhatian ramai dek gandingannya yang sangat ‘adorable’.

“The Love You Give Me” turut dibintangi oleh Chen Xin Hai, Ma Xin Rui, Li Chuan, Cui Yi Xin, Kim Jin, Li Wei Long, Aliya, Li Xing Yao, Mei Bao Lai, Jill Hsu dan Su Zi Shan.

Sinopsis

Lima tahun lalu, Min Hui secara tidak sengaja jatuh cinta dengan seorang pemuda bernama Xin Qi. Tetapi perkara di antara mereka menjadi rumit apabila Min Hui menyamar sebagai kawan Xin Qi yang telah lama hilang. Apabila Xin Qi mengetahui kebenaran, dia memutuskan untuk menamatkan semua hubungan dengan Min Hui.

Selepas lima tahun, mereka bertemu semula diacara perniagaan dalam keadaan yang tidak selesa. Ketika itu Min Hui bekerja sebagai pembantu R&D disebuah firma teknologi dan Xin Qi juga telah mencipta nama sebagai CEO firma pelaburan. Memutuskan bahawa takdir telah menyatukan mereka atas sebab tertentu, Xin Qi ambil kesempatan itu untuk melepaskan semua kemarahan dan pengkhianatannya sebelum ini kepada Min Hui.

Semasa pemeriksaan kesihatan rutin Xin Qi yang menghidap penyakut jantung, dia secara tidak sengaja bertemu Min Hui, anaknya, yang sedang berinteraksi dengan seorang doktor muda dan serta-merta membuatnya cemburu.

Tetapi takdir juga mendedahkan bahawa Min Hui mempunyai seorang anak lelaki – Quan Quan,  yang menghidap penyakit jantung yang sama seperti Xin Qi. Hal ini membuatkan dia sedar melalui beberapa siri peristiwa bahawa Quan Quan adalah anak kandungnya.

Selepas beberapa siri perbualan hati ke hati, penjelasan yang terungkai, dan juga susunan hidup yang unik, bolehkah mereka berdua memaafkan satu sama lain dan diri mereka sendiri atas kesilapan yang mereka berdua lakukan pada masa lalu dan menghidupkan semula cinta mereka, kini sebagai keluarga yang sempurna sepenuhnya?

Saksikan “The Love You Give Me” yang pasti buat korang heart-fluttering diplatform WeTV Malaysia sekarang untuk ketahui kisah selanjutnya. Jom tonton trailer drama di bawah dahulu: