Tiada lagi selindung, agensi sahkan IU sedang dalam proses berkenalan secara serius dengan Lee Jong Suk

Berikutan tersebarnya gosip mengenai Lee Jong Suk dan IU berdasarkan laporan Dispatch, kedua-duanya setakat ini tidak menafikan bahawa mereka sedang dilamun cinta.

Susulan daripada pengakuan agensi Lee Jong Suk, sebentar tadi, agensi IU iaitu Edam Ent. juga tidak berselindung tapi sebaliknya mengaku bahawa IU semenangnya sedang dalam proses berkenalan lebih serius dengan Lee Jong Suk.

“Ya, IU dan Lee Jong Suk sememangnya sudah berkawan semenjak sekian lama dan baru-baru ini, pertemuan di antara mereka berjalan dengan agak baik sekali. Kami memohon sokongan mesra daripada kalian,” kata wakil agensi Edam Ent.

Baca lagi: Ucapan Daesang dituju buat seseorang, harini dilaporkan Lee Jong Suk dan IU kini bercinta

Sebelum ini, Lee Jong Suk membuat pendedahan mengejutkan di malam anugerah ‘MBC Drama Awards 2022’ .  Seseorang yang disebut oleh Lee Jong Suk semasa ucapan ‘Daesang’ di ‘MBC Drama Awards 2022’ malam tadi, yang tidak disebutkan namanya tetapi yang dinyatakan oleh pelakon itu “sangat disukai dan dihormati”, ternyata adalah IU, menurut ‘Dispatch‘.

Tahniah diucapkan buat kedua-duanya.

Sumber: sportseoul

loading...