Selepas peminat dikejutkan dengan pemergian Taeyang, Daesung, iKON dan pelakon Kang Dong Won daripada YG Entertainment ramai netizen me persoalan terang situasi BLACKPINK. Khabar angin kini tersebar bahawa pengurusan BLACKPINK akan dipindahkan ke The Black Label, anak syarikat YG Entertainment, menjelang 2023.
Menurut KpopHerald (subbahagian K-Pop bagi saluran media The Korea Herald), BLACKPINK akan meninggalkan YG Entertainment dan menukar label pengurusan mereka kepada THE BLACK LABEL, iaitu sebuah syarikat bersekutu di bawah YG Entertainment.
[Exclusive] @BLACKPINK will change their agency to YG affiliate @THEBLACKLABEL, founded by Teddy, according to our sources. The industry insider added that the discussions over changing the girls' management have been made since early this year. #BLACKPINK #블랙핑크 pic.twitter.com/dVup3zPfTC
— KpopHerald (@Kpop_Herald) December 30, 2022
THE BLACK LABEL pernah menjadi anak syarikat YG Entertainment, di mana YG Entertainment mempunyai lebih 50% saham dalam THE BLACK LABEL. Walau bagaimanapun, sejak November 2020, THE BLACK LABEL telah menjadi syarikat bersekutu di bawah YG Entertainment di mana syarikat induk (YG Entertainment) kini hanya mempunyai antara 20%-50% syarikat.
Seorang pegawai YG Entertainment telah memberitahu KpopHerald bahawa mereka tidak dapat mengesahkan berita itu, tetapi ahli BLACKPINK masih mempunyai masa lagi dalam kontrak mereka.
Saya bukan dalam kedudukan sepatutnya untuk mengesahkan berita itu, tetapi kontrak kami dengan ahli BLACKPINK masih belum tamat. Sukar untuk mengesahkan sama ada mereka akan menandatangani dengan The Black Label atau tidak selepas kontrak mereka tamat.
— YG Entertainment
Terdahulu, Taeyang juga telah meninggalkan YG Entertainment untuk berpindah ke THE BLACK LABEL.