YG Entertainment nafi khabar angin Bobby iKON akan tinggalkan agensi

YG Entertainment telah menafikan khabar angin tentang Bobby iKON akan meninggalkan agensi itu.

Pada 15 November, Kpop Herald melaporkan bahawa orang dalam industri telah memberitahu portal itu bahawa Bobby tidak akan memperbaharui kontraknya dengan YG Entertainment.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, wakil YG Entertainment menjelaskan, “Khabar angin itu sungguh tidak berasas. Masih ada masa lagi dalam kontraknya.” Mereka bagaimanapun tidak menyatakan butiran lanjut mengenai bila kontrak semasa akan tamat ataupun jika ada perbincangan mengenai pembaharuan kontrak.

Sebelum ini, Bobby juga dilaporkan untuk tidak memperbaharui kontraknya eksklusif bersama YG Entertainment, dan ia telahpun menjadi isu hangat. Walau bagaimanapun, YG membuat keputusan, mengatakan ia adalah tidak benar.

Bobby membuat penampilan sulung sebagai ahli iKON pada tahun 2015 dengan single warm-up “MY TYPE.” Awal tahun ini pada bulan Mei, iKON kembali dengan album mini keempat mereka “FLASHBACK.” Terdahulu, sebelum bersama iKON, Bobby mula dikenali selepas memenangi rancangan Mnet ‘Show Me the Money 3’ pada tahun 2014.

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4 | 5

loading...