Kena cium dekat pipi, Soobin terkejut sebelum Yeonjun TXT berlari keriangan

May be an image of 3 people

Video Yeonjun mengucupi pipi Soobin tertular di ruang media sosial twitter sejak semalam.

Difahamkan video yang sudah lama itu memaparkan Yeonjun sedang cuba mengusik Soobin yang tengah kebosanan sebelum terus mengucupinya tanpa petunjuk diberikan terlebih dahulu. Yeonjun cepat-cepat beredar dan berlari keriangan selepas melunaskan tugasnya itu.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna twitter tersebut, reaksi Soobin pula jelas terkejut seolah-olah dirinya sedang disambar oleh seseorang ‘gadis’ . Namun, orang itu ternyata bukan gadis tetapi seorang lelaki yang juga rakan sekumpulan yang sama daripada TXT.

Ini bukan kali pertama mereka saling mengusik antara satu sama lain. Hubungan kedua-duanya juga dikatakan begitu rapat seperti diakui oleh Hueningkai sebelum ini.

TXT kini sedang giat mempromosikan album pertama berbahasa Jepun mereka selepas memenangi anugerah Bonsang di Seoul Music Awards pada tempoh hari.

Sumber: twitter

loading...