Rancangan kegemaran ramai, “Youn’s Kitchen” akan kembali dengan musim terbaru Disember ini

“Youn’s Kitchen akan kembali dengan musim baharu!

Menurut laporan media eksklusif pada 27 Oktober, tvN ‘Youn’s Kitchen’ dijadual akan kembali dengan musim baharu seawal Disember ini!

Laporan itu juga mendakwa kru produksi ‘Youn’s Kitchen’, yang diketuai oleh PD Na Young Suk, telah mula bekerja untuk musim baharunya. Program ini pasti akan membawa kembali satu-satunya pemilik ‘Youn’s Kitchen’ sendiri, Youn Yeo Jung, dan berharap dapat membawa kembali semua pelakon lain dari musim 1 dan 2, termasuk Lee Seo Jin, Jung Yoo Mi, Shin Goo, dan Park Seo Joon.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, wakil tvN berkongsi, “PD Na Young Suk sedang menyediakan program tentang menjalankan restoran di luar negara.” Bagaimanapun, mereka selanjutnya menyatakan bahawa ia masih dalam peringkat perancangan awal dan tiada apa-apa tentang tajuk program, tempoh keluaran, atau sebarang butiran khusus lain telah disahkan.

Sehubungan itu, agensi pelakon Park Seo Joon dan Jung Yu Mi juga telah mengesahkan bahawa kedua-dua mereka telah menerima tawaran untuk kembali dan sedang mempertimbangkan untuk muncul dalam sekuel “Youn’s Kitchen,” tetapi belum ada kata putus lagi.

Seorang wakil dari agensi Park Seo Joon Awesome Ent menyatakan, “Memang benar perbincangan dengan pasukan produksi ‘Youn’s Kitchen’ telah dijalankan, tetapi belum ada sebarang keputusan lagi.” Agensi Jung Yu Mi, Management SOOP juga memberikan kenyataan yang sama.

Diarahkan oleh Na Young Suk, “Youn’s Kitchen” ialah sebuah program yang menunjukkan perjalanan bintang terkemuka Korea menjalankan sebuah restoran kecil Korea di luar negara dengan pelakon veteran Youn Yuh Jung sebagai chef utama.

 

Untuk musim pertama pada 2017, “Youn’s Kitchen” membuka restoran pertamanya di Pulau Gili Trawangan, Lombok. Youn Yuh Jung, Shin Gu, Lee Seo Jin dan Jung Yu Mi membintangi musim pertama “Youn’s Kitchen”. Malah pada musim pertama, rancangan variasi Na PD berjaya mendapat rating tontonan sebanyak 14.1%.

Pada 2018, “Youn’s Kitchen” membuka restoran keduanya di Garachico, Sepanyol. Untuk musim kedua, Park Seo Jun menyertai rancangan tersebut bagi menggantikan Shin Gu . Tidak kurang hebatnya musim kedua rancangan ini berjaya mencatat rekod tontonan sebanyak 16%.

Ekoran virus COVID-19,”Youn’s Kitchen” telah berehat sejak musim ke-2. Sebaliknya, pada tahun 2021, kru berkumpul untuk siri spin-off bertajuk ‘Youn’s Stay’, di mana mereka menjemput tetamu warga asing yang melawat Korea untuk merasai pengalamansebuah percutian yang menarik.Youn’s Stay” dibintangi oleh Yoon Yeo Jung, Lee Seo Jin, Jung Yoo Mi, Park Seo Jun dan Choi Woo Shik.

 

Tahun ini, apabila dunia beransur pulih daripada wabak COVID-19, jangkaan penonton semakin meningkat untuk melihat sama ada “Youn’s Kitchen” benar-benar akan kembali dengan musim baharu.

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...