“It’s a baby boy!” Hyun Bin dan Son Ye Jin dedah jantina anak

Hyun Bin dan Son Ye Jin dedah jantina anak mereka yang akan dilahirkan pada Disember depan.

Pada 28 Oktober, agensi Son Ye Jin secara rasmi mengumumkan, “Anak Son Ye Jin dan Hyun Bin adalah lelaki. Bayi itu akan lahir pada bulan Disember.”

Mereka seterusnya meyakinkan peminat, “Son Ye Jin kini berada dalam keadaan yang sangat baik. Dia dengan tenang membuat persiapan untuk menantikan kelahiran [anak lelakinya].”

Selepas mendirikan rumah tangga pada Mac tahun ini, Son Ye Jin dan Hyun Bin mengumumkan pada bulan Jun bahawa mereka sedang menantikan kelahiran anak pertama.

Tahniah kepada pasangan bahagia ini!

loading...