“Big Mouth” pecah rekod tayangan peribadi menjelang episode akhir, manakala “Blind” catat permulaan dengan baik

Rating “Big Mouth” telah melonjak kepada bacaan tertinggi sebelum penamat sirinya!

Pada 16 September, dengan hanya tinggal satu episod dalam tayangannya, drama hit noir yang dibintangi oleh Lee Jong Suk dan Yoona Girls Generation mencapai tahap penonton tertinggi sepanjang masa. Menurut Nielsen Korea, episod kedua terakhir “Big Mouth” mendapat penilaian purata seluruh negara sebanyak 12.3%, sekaligus merupakan rekod peribadi terbaru tertinggi untuk siri itu.

Sementara itu, SBS “Today’s Webtoon”—yang disiarkan dalam slot masa yang sama dengan “Big Mouth”—meningkat sedikit kepada purata penarafan seluruh negara sebanyak 2.4% untuk episod kedua terakhirnya.

Ketika dua drama menghampiri penghujungnya, sebuah drama terbaru menyertai saingan sedia ada iaitu drama baharu tvN “Blind” yang ditayangkan untuk episode permulaannya malam tadi. Episod pertama thriller misteri yang dibintangi oleh Taecyeon 2PM, Jung Eun Ji Apink dan Ha Seok Jin memperoleh purata penarafan seluruh negara sebanyak 3.4%, mengambil tempat pertama dalam slot masanya merentas semua saluran kabel.

Apapun, adakah anda bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada “Big Mouth” dan “Today’s Webtoon” yang akan menamatkan tayangannya malam ini?

Sumber : tvreport | sports.khan

loading...