Gandingan Kim Go Eun, Nam Ji Hyun, & Park Ji Hoo dinanti ramai untuk drama misteri terbaru “Little Women”

Drama tvN yang akan datang “Little Women” telah melancarkan poster baharu!

“Little Women” mengisahkan tentang tiga beradik perempuan yang mempunyai ikatan rapat yang dibesarkan dalam kemiskinan. Drama ini mengikuti kisah menarik adik-beradik itu ketika mereka terlibat dalam insiden besar dan berhadapan dengan keluarga terkaya di negara ini.

Kim Go Eun memainkan watak kakak sulung Oh In Joo, yang ingin melindungi keluarganya dengan wang. Membesar dalam kemiskinan yang melampau, satu-satunya impian Oh In Joo adalah untuk hidup dengan baik seperti orang normal yang lain, tetapi insiden besar yang berlaku benar-benar menggegarkan hidupnya.

Nam Ji Hyun memegang watak sebagai kakak kedua Oh In Kyung, seorang wartawan berita yang tidak mahu tunduk kepada wang dan berhasrat untuk sentiasa melakukan perkara yang betul. Insiden besar yang berlaku akhirnya membawa Oh In Kyung kepada kes misteri dan dia mula mengorek kebenaran.

Park Ji Hu pula sebagai Oh In Hye, anak bongsu yang terharu dengan kasih sayang kakak-kakaknya yang bekerja keras untuknya. Walaupun dia tidak pernah menggunakan perkakasan seni yang baik kerana keadaan kewangan keluarga mereka, dia memasuki sekolah menengah seni dengan bakat semula jadinya.

Poster baharu memaparkan tiga beradik Oh berdiri di di bawah pagar gelap sambil lampu candelier yang tergantung menerangi ekspresi berbeza mereka. Pertama, Kim Go Eun menunjukkan keazamannya dengan mendongak tanpa teragak-agak. Nam Ji Hyun mendongak dari sudut berbeza dengan mata yang tajam. Park Ji Hu pula membelakangi dua kakaknya sambil memandang ke arah lain.

Penonton dapat merasakan sudut pandangan yang berbeza dari tiga watak hanya dengan cara mereka melihat sesuatu. Teks pada poster itu berbunyi, “Dari yang paling rendah dan paling gelap kepada yang paling tinggi dan paling terang.”

“Tiga beradik itu berada di tempat paling rendah dan paling gelap. Sebaik sahaja mereka cuba memasuki tempat yang paling tinggi dan paling terang, sistem dunia yang kukuh akan mula bergoncang. Sila beri perhatian kepada cerita yang akan dicipta oleh orang biasa tetapi luar biasa,” kata wakil produksi.

Mereka juga turut memuji, “Para pelakon akan memainkan watak tiga beradik perempuan dengan daya tarikan yang berbeza. Sila nantikan sinergi lakonan mereka.”

“Little Women” akan ditayangkan pada 3 September. Drama ini akan menggantikan “Alchemy of Souls” selepas ianya tamat bersiaran.

Sumber : 1 | 2

loading...