[Terkini] Seungri akan didakwa esok kerana sebarkan video seks Jung Joon Young bersama Choi Jong Hoon

Jabatan Polis Metropolitan Seoul mengadakan sidang media hari ini, 28 Mac 2019, mengesahkan sudah mempunyai alasan yang cukup meyakinkan untuk menahan Seungri atas kesalahan bersubahat dalam menyebarkan video seks Jung Joon Young dengan puluhan gadis yang menjadi mangsanya kepada orang lain. Turut sama didakwa ialah Choi Jong Hoon, bekas ahli kumpulan FT Islands.

Berdasarkan kenyataan polis sebentar tadi, bukti itu termasuklah gambar-gambar diambil ke atas mangsa tanpa pengetahuan mereka. Walaubagaimanapun, identiti jurugambar tersebut belum dapat dikenalpasti oleh pihak polis samada Seungri sendiri atau orang lain.

Polis turut mengesahkan rakaman video seks itu telah dikongsikan oleh Jung Joon Young, dan Seungri akan ditahan polis dan didakwa bersama-sama Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon pada 29 Mac 2019, hari esok.  “Selepas Jung Joon Young ditahan tempoh hari, kami sudah memperolehi tiga keadaan di mana dia merakam dan menyebarkan video seks itu tanpa kerelaan mangsa. Kami merancang untuk menghantar kepada pihak pendakwaraya untuk didakwa di mahkamah esok.”

“Pendakwaan atas kesalahan sebarkan video seks itu ditambah kepada 11 daripada 8 kes asalnya kepada 3 kes,” sebut pihak polis lagi.

Sebelum ini, polis mahu mendakwa Seungri atas menyediakan khidmat pelacuran kepada klien-klien secara haram sebaik saja memperolehi bukti-bukti mencukupi selain testimoni daripada mangsa-mangsa.

Sumber: IS Plus, sport chosun

loading...