“Carter” merupakan filem terbaharu di Netflix yang akan ditayangan pada 5 Ogos depan. Filem ini diarahkan oleh pengarah hebat, Jung Byun-gil ini yang terkenal dengan sinematografi dan aksi mendebarkan, serta dibintangi oleh Joo Won, yang sebelum ini menempa nama dalam filem dan drama Korea.
Ingatannya telah dipadamkan secara paksa, namun dia mengetahui hanya satu perkara sahaja – untuk menamatkan misi yang ditugaskan kepadanya, ataupun nyawanya terancam.
Penyataan di atas adalah apa yang cuba disampaikan melalui filem ini. Filem ini mengisahkan tentang seorang ejen yang terpaksa menggadaikan nywa untuk membongkar siapakah dirinya yang sebenar.
Joo Won akan membawakan watak Carter yang menceritakan tentang seorang ejen yang sedar setelah sekian lama namun hilang ingatan masa lalunya. Carter diarahkan oleh suara misteri dari peranti di telinganya untuk menjalankan misi khas di mana dia perlu menyelamatkan seorang gadis yang merupakan satu-satunya penawar kepada satu virus dan dia perlu mendahului CIA serta rampasan kuasa Korea Utara.
Filem aksi ini juga akan memaparkan wabak maut yang berasal dari zon demilitarisasi antara Korea Utara dan Selatan. Wabak itu telah memusnahkan Amerika Syarikat dan Korea Utara kerana ia boleh membunuh seseorang dalam tempoh 13 hari selepas dijangkiti . Ejen Carter terpaksa mempertaruhkan nyawanya sambil memikirkan identitinya sendiri.
Terdahulu, satu teaser trailer Filem “Carter” telah dikongsikan oleh Netflix.
Terkini, berdasarkan still cuts yang baru dikongsi, Carter nampaknya sedang dalam misi maut untuk mengelak ejen CIA, serta askar dari Korea Utara. Dia berjaya menyelamatkan seorang gadis yang mempunyai satu-satunya antibodi di dunia untuk melawan virus yang membawa maut. Carter dilihat bertarung dengan semua musuhnya menggunakan pelbagai jenis alatan dan kaedah yang ada padanya, termasuk menggunakan senapang, motosikal, kereta api dan helikopter.
Nampaknya, Joo Won berjaya mempamerkan ekspresi tajam yang penuh ketegangan yang menunjukkan wataknya sebagai ejen rahsia. Sekaligus akan buat detak jantung penonton penuh rasa cemas dan tegang.
Pengarah Jung Byung Gil berkata, “Saya cuba membuat perkara yang mustahil berlaku untuk merakamkan [aksi] dengan aksi sebenar dan bukannya menggunakan CG (grafik komputer).”
Jadi, untuk menggambarkan situasi kecemasan dan mengelirukan filem “Carter”, pengarah khas seni mempertahankan diri Kwon Gwi Deok sengaja mengelak adegan pergaduhan yang biasa, seperti adegan pergaduhan satu lawan satu dan mencipta cara untuk menunjukkan beberapa watak yang saling berkaitan dalam situasi berbahaya pada masa yang sama.
Filem blockbuster Netflix “Carter” yang penuh dengan aksi dan mendebarkan ini akan tersedia diplatform berkenaan pada 5 Ogos depan.
Sumber: Naver