Sunghoon ENHYPEN buat penampilan cameo dalam drama web ‘MIMICUS’

Sunghoon ENHYPEN akan buat penampilan cameo dalam drama web terbaru yang berjudul MIMICUS.

Pada hari 27 Julai, Belift Lab mengesahkan bahawa penonton boleh menyaksikan penampilan cameo Sunghoon dalam ‘MIMICUS’ pada siaran drama pada 27 Julai (hari ini), tersedia menerusi Naver NOW dan YouTube. Sunghoon akan muncul sebagai ahli kumpulan ENHYPEN, serta pelajar di Daehan Arts High School.

‘MIMICUS’ yang dibintangi oleh Jo Yu Ri, Yoo Youngjae, dan ramai lagi menceritakan kisah pelajar di sekolah menengah seni dan perjuangan sengit mereka dalam cinta, persahabatan, dan dalam kerjaya mereka yang cerah dan bersinar.

Dalam pada itu, ENHYPEN akan membuat penampilan pertama mereka dalam menyanyikan OST untuk drama Korea. Lagu berjudul “I Need You” yang bergenrekan pop rock, akan memberikan bertenaga dan keceriaan untuk siri drama web percintaan remaja ‘MIMICUS’ ini. “I Need You” nyanyian ENHYPEN akan dirilis dipelbagai platform muzik pada 12 Ogos, 6PM KST.

Sumber : [1] [2]

loading...