“Yumi’s Cell 3” akan ada atau tidak? Ini jawapan team produksi drama

 

Dengan berakhirnya “Yumi’s Cells 2,” pasukan produksi menjawab soalan paling popular dikalangan penonton  tentang musim ketiga drama tersebut.

Pada 26 Julai, sumber dari drama itu berkongsi, “Kami bersyukur kerana penonton mempunyai jangkaan untuk musim 3 sama seperti mereka menyukai musim 1 dan 2. Musim kedua baru sahaja tamat, dan setiap musim baru drama memerlukan masa produksi yang panjang, jadi pihak produksi perlu berehat dahulu. Musim 3 akan dibincangkan selepas itu.”

Berdasarkan webtoon terkenal dengan nama yang sama, “Yumi’s Cells” adalah kisah seorang pekerja pejabat biasa bernama Yumi – dari sudut pandangan banyak sel otak di kepalanya yang mengawal setiap pemikiran, perasaan dan tindakannya. Kim Go Eun memainkan watak Yumi, seorang wanita biasa yang bergelut untuk meluahkan perasaannya. Musim kedua mempunyai rating penonton yang tinggi, dan ia telah digemari oleh peminat di seluruh dunia, termasuk Eropah, Amerika Utara dan Asia Tenggara.

Dalam episod terakhir “Yumi’s Cells 2”, Yumi (Kim Go Eun) akhirnya bertemu dengan watak Shin Soonrok. Dalam webtoon asal, Shin Soonrok ialah kekasih terakhir Yumi dan kedua mereka akhirnya akan berkahwin.

Dalam 2 episod terakhir sebelumnya Yumi dan Yoo Babi ( Jinyoung GOT7) akhirnya berpisah ekoran masalah yang melibatkan Yoo Da Eun lagi.

Namun begitu, sebelum pelancaran musim kedua “Yumi’s Cells”, pengarah Lee Sang Yeop dan Song Jae Jung memberi bayangan bahawa “Yumi’s Cells” akan disiarkan dalam beberapa musim tetapi tidak mengesahkan secara rasmi rancangan untuk musim 3.

Lagian pula, episod akhir membuatkan para penonton menaruh harapan yang tinggi untuk “Yumi’s Cells” musim 3. Apakah mungkin akan ada musim yang ke-3 untuk menyaksikan pengakhiran cinta Yumi? Sama-sama kita nantikan.

Sumber : heraldpop