Hampir 10 tahun bercinta, Hwang Bo Ra dan teman lelaki akan berkahwin November depan

Hwang Bo Ra akan berkahwin!

Hwang Bora telah bercinta dengan Cha Hyun Woo (atau nama sebenarnya Kim Young Hoon) sejak 2013, dan mereka mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada 2014.

Pada 6 Julai, agensinya Walk House Company mengumumkan bahawa pasangan itu, yang telah bersama selama hampir sepuluh tahun, akhirnya akan mengikat tali perkahwinan.

Baca kenyataan penuh di bawah:

Helo, Walk House Company di sini.

Kim Young Hoon, Ketua Pegawai Eksekutif Walk House Company, dan pelakon Hwang Bo Ra, yang telah lama menjalin hubungan percintaan, akan berkahwin pada bulan November.

Perkahwinan akan diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga dan kenalan rapat. Kami mohon jasa baik anda untuk memahami situasi ini dan disebabkan itu kami tidak dapat memaklumkan secara terperinci tentang majlis perkahwinan mereka.

Kami berjanji untuk terus bekerja keras agar mereka dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam kerjaya masing-masing, dan kami berharap anda dapat mengirimkan ucapan tahniah dan ucapan selamat kepada mereka.

Pada hari yang sama, Hwang Bo Ra juga turut berkongsi mesej kepada peminatnya seperti berikut:

Helo, ini Hwang Bo Ra.

Saya menulis ini kerana saya mempunyai beberapa berita yang ingin saya sampaikan secara peribadi kepada semua orang yang menyayangi saya.

November ini, saya akan berkahwin dengan pasangan saya yang telah lama bersama saya.

Disebabkan ramai yang telah merestui kami untuk masa yang lama, jadi kami masih kekal bersama.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah melihat perhubungan kami ini dari sudut yang baik. Kami akan hidup bahagia bersama.

Harap anda semua sihat selalu. Terima kasih.

Hwang Bora Ra memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2003 dan telah memainkan peranan dalam pelbagai drama dan filem. Antaranya “What Wrong With Secretary Kim”, “Cunning Single Lady”, “Blow Breeze”, “Dali and Cocky Prince” dan banyak lagi. Cha Hyun Woo pula memulakan kerjaya sebagai salah seorang daripada duo K-Pop 90-an, Yes Brown. Dari tahun 2000, dia memberi tumpuan kepada lakonan, dan dia kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Walk House Company. Untuk pengetahuan semua, bapanya ialah pelakon Kim Yong Gun dan abangnya ialah pelakon Ha Jung Woo.

Tahniah kepada pasangan ini!

sumber : xportsnews, news, chosun

loading...